Tuesday, March 31, 2009

1- Kristian Najran

ALEXANDERWATHERN @ PASARMALAM MENULIS:

Terima kasih Tuan Shalom. Berikut adalah balasan saya. Semua yang anda utarakan ada penjelasannya. Supaya kita tidak tersasar bicara, sama-sama kita mengingatkan yang isu utama kita ialah penggunaan “Allah” untuk selain Allah termasuklah Jesus. Saya tidak menyetujuinya sedangkan anda menyokongnya. Saya berusaha memberikan jawapan kepada setiap persoalan/ sandaran anda, jadi balasan saya sedikit panjang. Semuanya ada lebih kurang 19 permasalahan. Diharapkan anda menanti dengan sabar sehingga habis saya mengeposnya ke sini. Kemudian barulah anda memberikan komen. Terima kasih.


PERTAMA (SHALOM MENULIS):

Nahjran, negeri Kristian dimana kumpulan pertama Islam berhijrah dan mendapat perlindungan dari pemerintah Kristian. Mereka sembah Yesus..


PENJELASAN:

Perkara pokok- hujah yang anda sertakan ini tidak membuktikan pun yang orang-orang Najran menyebut “Allah” ialah Jesus ataupun Jesus ialah Allah. Ia hanya menunjukkan bahawa di Najran ada penganut agama Kristian. Jika benar mereka menyembah Jesus sebagai Tuhan, di mana buktinya mereka menyebut Jesus sebagai Allah dan Allah sebagai Jesus?


Seterusnya, Najran terletak jauh dari Makkah. Maka orang-orang Kristian Najran tidak berada di sekitar Nabi Muhammad. Oleh itu, tidak ada bukti Nabi Muhammad pernah mengiyakan mana-mana kaum Kristian Trinitarian menyebut Jesus sebagai Allah ataupun Allah sebagai Jesus.


Bukan semua penduduk Najran menyembah Jesus. Kita lihat ceritanya dari awal. (Sebelum itu, sefaham saya umat Islam berhijrah kali pertama ke Abisinia, apakah Najran dan Abisinia itu tempat yang sama?)


Umat Islam berhijrah ke Najran (sebagaimana kata anda) kerana menyelamatkan diri daripada kekejaman kaum musyrik Arab di Makkah. Wakil musyrik bernama Amru al-Ass gagal mendapatkan kebenaran Raja Najran untuk menangkap para penghijrah itu tetapi gagal. Akhirnya Amru menggunakan taktik kotor dengan cuba melaga-lagakan agama para penghijrah Islam dengan agama Kristian/ Nasrani Raja Najran.


Mereka mengatakan umat Islam menghina Nabi Isa kerana mengatakan Nabi Isa bukan anak Tuhan. Pihak penghijrah menjawab dengan jelas bahawa Islam percaya Nabi Isa ialah UTUSAN TUHAN. Mendengar jawapan ini, Raja Najran terus membela para penghijrah dengan tidak menyerahkan mereka kepada musyrik Quraisy. Ada antara para pendeta Raja Najran tidak bersetuju tetapi mereka terpaksa menurut perintah raja mereka.


Di sini kita boleh lihat ada pertentangan antara Raja Negus yang berfaham unitary dengan sebahagian para pendetanya yang berfaham Trinity. Raja Negus ini dipercayai memeluk agama Islam kerana Nabi Muhammad melakukan solat jenazah ghaib (dari jarak jauh) apabila mendengar berita kemangkatan Raja Negus. Padahal dalam Islam, solat jenazah hanya dibolehkan untuk jenazah orang-orang Islam.


Ringkasnya, pemerintah Najran ketika itu bukan beragama Kristian Trinity. Pada zaman itu Kristian Trinity dan Kristian Unitary sedang berbalah di sana termasuklah di istana.






SHALOM MENULIS:

Seperti yang telah saya jelaskan, konsep Allah sepertimana yang difahami oleh orang Kristian itu sendiri telah merangkumi Bapa, Putera dan Roh Kudus. Jadi saya tidak nampak kenapa saya gagal membuktikan penggunaan Allah untuk Yesus.


PENJELASAN:

Ini bukan bukti, sekadar dakwaan kosong. Dalam diskusi yang sihat, kita perlukan sandaran-sandaran yang kukuh.

Konsep “Allah itu merangkumi Bapa, Putera & Roh Kudus” hanyalah kata-kata Kristian seperti anda, bukan bukti agama Kristian memang sedari awal mengajarkannya begitu.


Saya petik kembali tulisan saya yang mungkin anda terlupa untuk membacanya:


“Perkara pokok- hujah yang anda sertakan ini tidak membuktikan pun yang orang-orang Najran menyebut “Allah” ialah Jesus ataupun Jesus ialah Allah. Ia hanya menunjukkan bahawa di Najran ada penganut agama Kristian. Jika benar mereka menyembah Jesus sebagai Tuhan, di mana buktinya mereka menyebut Jesus sebagai Allah dan Allah sebagai Jesus?”


Jadi tugas anda ialah... membuktikan ORANG-ORANG NAJRAN menyebut Jesus sebagai “Allah’ dan “Allah” sebagai Jesus.

Bukti anda? : ..........................................................................


Jika anda gagal memberi bukti kukuh/ agak kukuh, maka kisah Najran ini akan kita tolak ke tepi. Kita tidak mahu melibatkan dakwaan-dakwaan kosong dalam perbincangan murni ini.


Seterusnya yang anda mungkin terlepas pandang ataupun sengaja tidak memandangkan ialah kata-kata saya:

“Oleh itu, tidak ada bukti Nabi Muhammad pernah mengiyakan mana-mana kaum Kristian Trinitarian menyebut Jesus sebagai Allah ataupun Allah sebagai Jesus.”


Tugas anda sekarang ialah membuktikan yang Nabi Muhammad pernah membenarkan mana-mana kaum Kristian Trinitarian menyebut Jesus sebagai Allah ataupun Allah sebagai Jesus.”

Bukti anda? : .........................................................


Jika anda gagal memberikan bukti, maka anda memang tidak layak sama sekali untuk menggunakan “Allah” untuk dinisbahkan kepada Jesus.


Sebenarnya kami umat Islam tidak pernah ada masalah untuk membenarkannya, asalkan pihak anda memberikan hujah-hujah kukuh. Malangnya yang ada sampai hari ini, hanyalah dakwa-dakwi kosong tanpa sandaran. Apabila diminta bukti, maka jawapannya: “konsep Allah sepertimana yang difahami oleh orang Kristian itu sendiri telah merangkumi Bapa, Putera dan Roh Kudus.”


Ya lah tu, tapi mana buktinya? Mana sandarannya? Yang anda beri itu hanyalah dakwaan ataupun kemahuan yang bergejolak dalam diri kaum Krisian Trinity. Kita tidak mahu itu, kita mahu HUJAH-HUJAH KUKUH yang mengatakan memang ajaran Kristian menisbahkan Jesus sebagai Allah (dan sebaliknya) dan juga HUJAH-HUJAH KUKUH mengatakan ajaran Islam membenarkan penganut agama lain menisbahkan “Allah” kepada Jesus.


Contoh: Anda dihadapkan ke mahkamah. Hakim bertanya, “Apa bukti anda tidak bersalah?” Maka anda menjawab, “Seperti yang saya jelaskan, saya memang tidak bersalah.” Kata-kata anda itu bukan hujah yang dikehendaki oleh hakim. Hakim mahu BUKTI/ SANDARAN yang kukuh. Sedangkan yang anda sebut adalah dakwaan kosong dan kemahuan yang anda harap-harapkan sahaja.


Baiklah. Kita kembali kepada isu asalnya. Umat Kristian Trinitarian di Malaysia hendak menisbahkan “Allah” kepada Jesus. Umat Islam di Malaysia tidak membenarkannya kerana “Allah” hanyalah nama kepada Tuhan Sebenar/ Bapa/ Zat Sempurna dan bukannya Jesus. Untuk membolehkan penganut Trinity di Malaysia menggunakannya, mereka mestilah membuktikan sekurang-kurangnya dua perkara:


1. Agama Islam memang membenarkan penganut agama lain menggunakan “Allah” untuk dinisbahkan kepada Jesus. Jika agama Islam tidak membenarkannya dan pihak lain masih mahu menggunakannya, bererti sudah menghina dan mencabar agama dan penganut agama Islam. DAN...


2. Agama Kristian memang sedari awal memang menggunakan “Allah” untuk dinisbahkan kepada Jesus. Jika tidak ada bukti-buti kukuh/ separa kukuh mengatakan sebegitu, bererti yang mahu menggunakannya itu tidak lain ialah umat Kristian yang menyeleweng daripada ajaran Bible, Injil dan Jesus. Maka mereka tidak layak mengaku beragama Kristian, apatah lagi untuk menggunakan “Allah’ lalu dinisbahkan kepada Jesus.


Inilah bukti-bukti yang kita minta, bukan selain itu. Jadi setakat ini, anda masih gagal memberi bukti kukuh ataupun separa/ agak kukuh kepada kedua-dua perkara itu. Sebaliknya anda melencong ke sana ke mari. Sekarang, terus saja kepada persoalan pokoknya.


Sila beri bukti untuk kedua-dua perkara di atas. Jangan melencong ke sana ke mari lagi. Jika anda berjaya memberi bukti kukuh, dengan serta-merta saya sendiri akan menulis dan memperjuangkan agar kaum Kristian Trinity di Malaysia berhak menggunakan “Allah” untuk dinisbahkan kepada Jesus. Kan senang?


Tidak perlu kita berhujah panjang dan anda pula suka melencong ke sana ke mari. Sekarang terus kepada persoalan pokoknya (aitu memberi dua bukti di atas):

Bukti 1: .................................................

Bukti 2: .................................................


Jika sekadar anda mengatakan, ““Seperti yang telah saya jelaskan, konsep Allah sepertimana yang difahami oleh orang Kristian itu sendiri telah merangkumi Bapa, Putera dan Roh Kudus. Jadi saya tidak nampak kenapa saya gagal membuktikan penggunaan Allah untuk Yesus”, ........ ini hanyalah apa yang anda dan Kristian Trinity angan-angankan untuk mendapatkannya di Malaysia. Ia tidak berlandaskan kepada Bible, ajaran Kristian mahupun kebenaran daripada ajaran Islam. Ini bukan bukti, sekadar dakwaan kosong tanpa bukti. Kita mahukan BUKTI/ FAKTA/ SANDARAN yang kukuh/ separa kukuh.


Keluarkanlah hujah-hujah dari al-Quran, hadis ataupun Bible jika anda benar.

Silakan.




SHALOM MENULIS:

Kemudian saya memberi contoh tentang Nahjran, dimana mereka adalah Kristian Trinity. Anda berkata, Nahjran jauh dari Mekah etc..Tetapi anda lupa, melalui Nahjranlah Kristian tersebar ke Tanah Arab.


PENJELASAN:

Pertama- Saya tidak lupa, cuma anda yang salah maklumat. Kristian tersebar ke Tanah Arab melalui banyak lokasi, sedangkan kata-kata anda menunjukkan seolah-olah daripada Najran sajalah ia mulanya tersebar ke Tanah Arab. Ketika Nabi Muhammad berniaga ke Syam, Rahib Buhaira sudah beragama Nasrani di sana. Abbisinia sendiri lebih awal memeluk agama Kristian daripada Najran.


Baiklah. Antara Syam (utara Tanah Arab) dengan Najran (selatan Tanah Arab), mana yang lebih hampir dengan tempat kelahiran agama Kristian?

Jawapan anda: ..........................................


Kristian tersebar ke Tanah Arab dari Najrankah ataupun dari beberapa tempat termasuklah Najran?

Jawapan anda: ...........................


Menurut Ibnu Ishaq, Najran adalah tempat pertama menerima Kristian DI SELATAN TANAH ARAB, bukan di Tanah Arab, tapi di selatannya. Dari mana anda mendapat maklumat mengatakan “melalui Nahjranlah Kristian tersebar ke Tanah Arab”?




SHALOM MENULIS:

Saya berharap agar anda boleh buktikan terdapat larangan dari Quran dan nabi anda tentang penggunaan Allah oleh Kristian Trinity. Allah itu bukan hak mutlak mana-mana kaum. Cuma Malaysia saja yang buat begitu.


PENJELASAN:-Pastinya anda.

Dalam Surah al-Maaidah ayat 72:

“Demi sesungguhnya, telah KAFIRLAH orang-orang yang BERKATA: “Bahawasanya Allah ialah al-Masih Ibnu Maryam. Padahal al-Masih sendiri berkata: “Wahai Bani Israil, sembahlah Allah (maksudnya dia bukan Allah), Tuhanku dan Tuhanmu...”


Siapakah yang dihukum kafir oleh al-Quran dalam ayat ini?


Jawapannya: Yang dihukum kafir dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengatakan Allah ialah Jesus ataupun Jesus ialah Allah. Mengatakannya saja sudah berdosa, apatah lagi menyembahnya. Apabila menyetujui tindakan orang yang mahu mengatakan atau menyembahnya, yang bersetuju itu juga turut berdosa.




SHALOM MENULIS:
Kemudian anda berkata Raja Negus berfahaman unitarian dan pendeta berfahaman trinity. Alasan anda, sebab Raja Negus mendengar kata-kata penghijrah bahawa Yesus adalah utusan TUHAN. Boleh tak anda bayangkan, Raja Sunni, tetapi ulama raja adalah syiah? Ada ke berlakunya kes begitu?


PENJELASAN:

Jawapannya... tentulah ada! Mengapa pula tidak ada? Anda berbicara seolah-olah ia satu situasi yang ganjil dan tidak pernah berlaku! Padahal pelajar sekolah menengah saja sudah maklum akan hal ini. Peliknya!

Alasan yang saya berikan memang bukti sejarah dan memang sedia diketahui umum. Orang yang tidak tahu hal inilah yang janggal dan membuat andaian mengikut suka hati.


Pertama- Ketika tentera Monggol menyerang Baghdad, banyak pemegang jawatan penting di istana termasuklah agamawan berfahaman Syiah sedangkan khalifah berfahaman Sunni. Satu bukti.


Kedua- Dalam sejarah Indonesia, pemerintah Majapahit yang bernama Prabu Brawijaya Kertabumi (Hindu) mempunyai tokoh-tokoh agama istana daripada 3 agama sekaligus. Ketika itu istana Majapahit mempunyai bikhu (Buddha) dan brahman (Hindu). Oleh kerana para bikhu dan brahman gagal memperbaiki akhlak masyarakat, Prabu Brawijaya atas nasihat permaisurinya bernama Ratu Dwarawati telah mengambil seorang ulama Islam bernama Sayyid Ali Rahmatullah dari kerajaan Champa. Bahkan Sayyid Ali Rahmatullah mengIslamkan salah seorang puteri Prabu lalu mengahwininya iaitu Dewi Candrawati (dikenali juga sebagai Nyai Ageng Manila). Kedudukan ulama Islam ini adalah lebih tinggi daripada para bikhu dan Brahman dalam istana Majapahit ketika itu kerana dia berjaya memperbaiki akhlak rakayat Majapahit ketika itu.

Sudah dua bukti.


Jadi, di mana masalahnya jika Raja Negus yang unitarian mempunyai sebahagian rahib istana yang Trinitarian? Padahal mereka masih saling beragama Kristian. Yang saling berbeza agama pun dapat duduk sebumbung, apatah pula yang seagama?


Jelasnya anda kurang pengetahuan sejarah. Sedari awal sudah jelas, anda mengatakan umat Islam berhijrah buat pertama kalinya ke Najran, padahal ke Abbysinia. Najran dan Abbysinia adalah dua lokasi yang berbeza dan jauh kedudukannya. (Saya menurut saja anda menyebut Najran pada awalnya agar kita tidak melencong daripada isu pokok). Jika anda masih mengekalkan kelemahan dalam sejarah tapi masih cuba untuk berlagak bijak, anda sebenarnya sedang memalukan diri sendiri. Ini nasihat saya, terpulang kepada anda untuk pakai ataupun tidak.


Sekali lagi saya ulangi, umat Islam berhijrah kali pertama ke mana?

Jawapan anda: ............................................


Lagi bukti. Maharaja Akbar di India. Para agamawan di istananya ada yang Muslim dan ada yang Hindu. Sudah tiga.


Lagi-lagi bukti. Lihat di England. Golongan istana berfaham Trinitarian tetapi SEBAHAGIAN BESAR para bishop tidak berTuhankan Jesus. Buktinya:


"Lebih separuh daripada Biskop Gereja England mengatakan bahawa penganut-penganut agama Kristian tidak perlu percaya bahawa Jesus Kristus adalah Tuhan, menurut satu tinjauan yang diterbitkan hari ini. Tinjauan terhadap 31 daripada 39 biskop di England menunjukkan kebanyakannya berpendapat bahawa mukjizat-mukjizat Kristus, kelahirannya oleh seorang perawan, dan kebangkitan semulanya mungkin tidak berlaku seperti yang diterangkan di dalam Bible.”

(Petikan sebuah akhbar British, iaitu Daily News, di bawah tajuk "Shock Survey of Anglican Bishops”)


Baiklah, saya telah membuktikan “ada”. Tanggungjawab saya selesai. Tanggungjawab anda- Apa hujah anda mengatakan “tidak ada”?

Jawapan/ bukti-bukti anda: .....................................


Keismpulannya, hujah saya dalam hal ini belum berjaya anda sisihkan. Sedangkan anda belum lagi memberi bukti yang para Kristian Trinitarian di Najran menyebut Jesus sebagai “Allah’ ataupun “Allah” sebagai Jesus. Sila bawa bukti.

Jawapan/ bukti anda: ............................................ (Jika tidak ada bukti, hujah “Najran” ini akan kita gugurkan dan beralih kepada hujah lain yang punya sandaran kukuh)




SHALOM MENULIS:

Ketiga- Alasan yg anda berikan amatlah janggal dan hanya berdasarkan andaian. Kristian trinity pun percaya dalam konteks misi penyelamatan..Yesus adalah utusan. Jadi tiada percanggahan pon pengertian Yesus hádala utusan dengan konsep Yesus hádala TUHAN. Perkara ini pun tercatat dalam Alkitab.


PENJELASAN:

Najib Tun Razak mengutuskan Khairy Jamaluddin ke Indonesia.

Samakah Najib dengan Khairy Jamaluddin?

Jawapan anda: ...................................... (sama/ tidak)


Jesus ialah UTUSAN, apakah Bapa juga UTUSAN?

Jawapan anda: ......................................... (ya/ tidak)


Samakah YANG MENGUTUS (Bapa) dengan YANG DIUTUS (Jesus)?

Jawapan anda: ............................... (sama/ tidak)


Sekiranya sama, berapa peratuskah sama antara kedua-duanya?

Jawapan anda : ......................................


Sekiranya PENGUTUS dan YANG DIUTUS sama 100%, barulah boleh dikatakan mereka individu yang sama. Tapi jika tidak sama walau 0.001%, maka kedua-duanya tidak sama.

Buktikan kedua-duanya sama 100%. Saya punya BANYAK bukti menunjukkan kedua-duanya tidak sama 100%.

Bukti Bapa dan Jesus sama 100% (jika benar ada)? : ..........................................

No comments:

Post a Comment