KETIGA BELAS (SHALOM MENULIS):
Didalam penjelasan sr. PasarMalam terhadap isu surah 5:72.Menurut Sr. PasarMalam ayat tersebut :
“Ayat ini bercerita tentang orang-orang yang MENGATAKAN Jesus ialah Allah. Ayat ini tidak bercerita tentang orang-orang yang MENYEMBAH Jesus sebagai Allah. Maksudnya, sesiapa saja yang MENYEBUT Jesus itu“Allah” ataupun “Allah” ituJesus, dikira kafir menurut al-Quran.”
Jadi yang dikritik disini adalah kerana orang Kristian panggil Yesus Allah dan bukannya kerana orang Kristian percaya Yesus Allah? Jadi kalau orang Kristian tukar dari panggil Yesus Allah kepada kura-kura (seperti yg diberi contohnya oleh sr. Pasarmalam sendiri) maka cop kafir itu akan dicabut dari Kristian kew?
Tetapi malangnya, kalau kita baca polemik-polemik Kristian-Islam, orang Islam akan gunakan ayat tersebut untuk mengkritik kepercayaan orang Kristian dan bukannya gelaran gelaran yang digunakan oleh orang Islam.
PENJELASAN
Tidak, kedua-duanya dikritik sama ada yang mengatakan Allah itu Jesus (atau sebaliknya) dan lebih-lebih lagi yang menyembahnya sebagai Allah (dan sebaliknya- menyembah Allah sebagai Jesus).
Untuk membicarakan ayat-ayat Al-Quran, kita kena ada ilmu untuk berinteraraksi dengannya. Saya ambil satu contoh ayat berbunyi, “wa la taqrabuzzina...” yang bermaksud “Jangan MENGHAMPIRI zina”. Apakah MENGHAMPIRI ZINA (seperti berkunjung ke kelab-kelab malam, menonton filem lucah, asyik bercerita tentang wanita dan seumpamanya) tidak boleh tetapi MELAKUKAN ZINA itu boleh?
Pastinya bukan begitu kan? Yang sebenarnya, MENGHAMPIRI zina saja sudah berdosa, apatah lagi jika melakukannya, berganda dosa. Samalah halnya dengan ayat yang menegah daripada MENYEBUT/ MENGAKUI/ MENYETUJUI/ MEMBENARKAN Allah ialah Jesus (dan sebaliknya). Mengatakan hal itu saja pun sudah berdosa, apatah lagi jika MENYEMBAHNYA.
Kita berpesan kepada anak-anak di sekolah, “Jangan kamu bertumbuk dengan orang lain.” Apakah ini bermaksud mereka boleh melakukan yang lebih daripada itu seperti berbunuh-bunuhan?
Kesimpulannya, sekalipun kaum Kristian Trinity menyebut Jesus sebagai “kura-kura”, mereka tetap bukan Islam/ kafir.
No comments:
Post a Comment