Saturday, April 4, 2009

11 - Kepercayaan Jesus Hanya Nabi

KESEBELAS (SHALOM MENULIS):

Lagipun sehingga, sekarang baik dari Quran, hadist, catatan sejarah interaksi Kristian-Islam, belum ada kita menemukan terdapat orang Kristian yang hanya percaya Yesus adalah nabi.Quran pon tidak berkata apa-apa. Kebanyakan hanya berdasarkan tafsiran-tafsiran, seperti yang dibuat oleh PasarMalam.Kalau ada segi fakta sejarah, maklumkan kepada saya.


PENJELASAN:

Silalah kaji bukti-bukti berikut sebelum membuat dakwaan di atas:


Sumber Al-Quran: “Dia (Nabi Isa) menjawab: “Sesungguhnya aku ini HAMBA ALLAH (bukan Allah/ Bapa), Dia (Allah/Bapa) telah memberikan kepadaku kitab (Injil), dan Dia (Tuhan/ Bapa) telah menjadikan aku SEORANG NABI.” (Surah Maryam: 30)

Jesus sendiri mengakui dirinya seorang hamba dan seorang nabi. Pada zamannya, dialah orang Kristian pertama yang mempercayai Jesus hanya hamba dan Nabi.


Sumber Al-Quran: “Al-Masih anak Maryam itu tidak lain seorang rasul yang telah didahului sebelumnya beberapa orang rasul, dan ibunya seorang wanita yang amat benar…” (Al-Quran al-Maidah: 75)

Lihat, Quran mengatakan Nabi Isa hanyalah seorang rasul, bukan Tuhan. Bagiamna anda boleh mendakwa al-Quran tidak menceritakannya?


Sumber Quran: Kata Nabi Isa: “Dan sesungguhnya Allah ialah TUHANKU dan TUHAN KAMU, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul lurus.” (Maryam: 36)

Sumber Bible: Kata Jesus: Aku akan pergi kepada BAPAKU DAN BAPAMU, kepada ALLAHKU DAN ALLAHMU." (Yohanes 20: 17)

Nabi Isa tidak mengaku dirinya Tuhan tetapi Allah sahaja yang Tuhan. Secara tidak langsung dia turut mengakui dirinya bukan Allah. Nabi Isa sendiri mengakui Allah ialah Tuhannya, bukan dirinya.


Berdasarkan kedua-dua ayat Al Quran dan Bible ini, saya minta anda menjawab secara jujur:

Untuk Surah Maryam ayat 36:

1. Menurut Nabi Isa, siapakah TUHAN kepada dirinya?

2. Siapa pula Tuhan kepada “kamu” (orang-orang lain)?

3. Menurut Nabi Isa, siapakah Tuhan dirinya dan dan orang lain (Tuhan bersama)?

4. Nabi Isa menyuruh manusia menyembah siapa? Sembah Tuhan mereka bersama (iaitu Allah) ataupun menyembah dirinya?

5. Berdasarkan kata-kata Nabi Isa ini, apakah dia mengaku dirinya ALLAH?


Untuk Bible Kitab Yohanes fasal 20 ayat 17 pula:

1. Siapakah BAPA Jesus dan BAPA manusia lain (iaitu BAPA mereka bersama)?

2. Siapakah ALLAH kepada Jesus dalam ayat itu?

3. Jesus mengatakan BAPA ialah ALLAH. Betul atau tidak?

4. Adakah Jesus mengaku dirinya Allah, ataupun Bapa yang Allah?


Biasanya teman-teman Kristian yang biasa berdialog dengan saya tidak berani menjawab soalan-soalan ini secara jujur. Tapi saya yakin anda tidak begitu.


Mari meneliti pula ayat Bible yang ini: “Pada waktu itu berkatalah Jesus: "AKU BERSYUKUR KEPADA-MU BAPA- TUHAN LANGIT DAN BUMI, karena semuanya itu Engkau sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil.” (Matius 11: 25)


Saya memerlukan jawapan anda:

1. Jesus bersyukur kepada siapa?

2. Siapakah BAPA dalam ayat ini? TUHAN ataupun bukan?

3. Pernahkah Jesus mengakui dirinya Tuhan langit dan bumi?


“Inilah kehidupan yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau Tuhan Yang Esa (Satu), dan Jesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu.” (Yohanes 17:3)

Jesus hanyalah SURUHAN TUHAN, bukan Tuhan.


"Kita juga tahu bahawa ALLAH HANYA SATU IAITU BAPA tidak ada yang lain. Sekali pun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik di syurga mahu pun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup.” (Korintus 1 8:5-6)

Ada berapa Allah dalam ayat Bible ini? SATU!

Siapa dia Allah yang satu itu? BAPA!

Ini kan perkatan-perkataan Bible sendiri? Bagaimana anda boleh tidak mengetahuinya?


Lagi sumber-sumber Bible yang menunjukkan banyak orang memepercayai Jesus seorang Nabi:

"Dia Jesus, NABI dari Naserat di Galilea", jawab orang ramai yang mengiringi Jesus." (Matius 21:11)

"Apakah yang telah berlaku?", tanya Jesus. "Perkara-perkara yang telah berlaku kepada Jesus, orang Nasaret itu", jawab mereka. "Dia seorang NABI DI SISI ALLAH dan di mata semua orang"." (Lukas 24:19)

"Wanita itu berkata: “Sekarang saya tahu tuan seorang NABI"." (Yohanes 4:19)

"Apabila orang ramai melihat mukjizat yang dilakukan oleh Jesus, mereka berkata, "Sesungguhnya dia NABI, yang diharapkan datang ke dunia"." (Yohanes 6:14)

"Beberapa orang yang mendengar kata-kata Jesus berkata, "Orang ini pasti NABI itu"." (Yohanes 7:40)

"Oleh itu orang Farisi di situ bertanya lagi kepadanya, "Kamu berkata dia mencelikkan matamu. Baiklah, apakah pendapatmu tentang dia?". "Dia NABI", jawabnya." (Yohanes 9:17)

"Maka Jesus berkata kepada mereka: "Seorang NABI (merujuk dirinya) dihormati di mana-mana kecuali di tempat asalnya sendiri, di antara kaum keluarganya dan di rumahnya." (Markus 6:4)

Lihat, sudah lama manusia percaya Jesus hanya seorang Nabi.


Sumber Kristian pula: "Lebih separuh daripada Biskop Gereja England mengatakan bahawa penganut-penganut agama Kristian tidak perlu percaya bahawa Jesus Kristus adalah Tuhan, menurut satu tinjauan yang diterbitkan hari ini. Tinjauan terhadap 31 daripada 39 biskop di England menunjukkan kebanyakannya berpendapat bahawa mukjizat-mukjizat Kristus, kelahirannya oleh seorang perawan, dan kebangkitan semulanya mungkin tidak berlaku seperti yang diterangkan di dalam Bible.”

(Petikan sebuah akhbar British, iaitu Daily News, di bawah tajuk "Shock Survey of Anglican Bishops”)


Sumber Kristian: "Sesungguhnya jika anda membaca keseluruhan Gospel Markus dengan teliti anda akan mendapati bahawa para hawari tidak tahu menahu tentang keTuhanan yang disandarkan kepada Jesus.

(Tom Harper dalam "For Christ's Sake", m.s. 59)


Antara tokoh-tokoh Kristian yang menolak keTuhanan Jesus ialah Tertullian (160-220 M), Origen (185-254 M) dari Mesir yang dipenjara hingga mati dan Diodorus dari Tarsus. Kata-kata Arius yang masyhur pula berbunyi:

"Jika Jesus itu benar-benar anak Tuhan, maka Bapa mesti ada terlebih dahulu. Oleh itu mesti ada "MASA" sebelum adanya anak. Bererti ANAK ADALAH MAKHLUK (bukan Tuhan). Maka anak tidak selamanya ada atau tidak abadi. Sedangkan Tuhan yang sebenarnya adalah abadi, bererti JESUS TIDAKLAH SAMA DENGAN TUHAN."

"Ada ruang masa sebelum adanya Jesus, sedangkan Tuhan sudah ada sebelumnya. Jesus ada kemudian, dan JESUS HANYALAH MAKHLUK BIASA (bukan Tuhan) yang bakal binasa seperti makhluk-makhluk lainnya. Tetapi Tuhan tidak akan binasa."


KESIMPULANNYA, Jesus ataupun Bible sendiri tidak pernah mendakwa dirinya Tuhan, atau setara dengan Tuhan, ataupun menyuruh orang lain menyembahnya sebagai Tuhan. Jika ada orang Kristian selepas itu yang menganggapnya Tuhan, itu bererti mereka sudah menyimpang daripada ajaran Jesus.

No comments:

Post a Comment