Saturday, April 4, 2009

19 - Mengapa Bukan Nama Tuhan Agama Lain?

KE-19 (SHALOM MENULIS):
Begitu juga dengan perkongsian budaya dan sebagainya. Ia adalah perkara normal dalam masyarakat dunia, walaupun berlainan bangsa, agama, ideologi bahkan negara.Saya tidak dapat bayangkan kalau orang Buddha melakukan perkara yang sama. Perkataan dosa, manusia, surga adalah berasal dari pengaruh Buddha semenjak zaman Empayar Sri Wijaya lagi.Saya juga tidak dapat bayangkan kalau masyarakat melayu Indonesia, Hindu, pagan,Thailand, Kristian Arab, Yahudi Arab dan Pagan Arab membuat tuntutan yang sama. Apa yang lagi tinggal dengan kebudayaan Melayu Malaya? Tidak keterlaluan kalau saya katakan, orang Melayu hanya tinggal sehelai sepinggang!

Peace...


PENJELASAN:

Persoalan ini mudah saja.


Perkataan-perkataan itu tidak ada kaitan dengan akidah, sebab itu tidak perlu direbut dan boleh dipakai oleh sesiapa sahaja. Jahillah orang-orang yang berebutkan perkataan-perkataan yang tidak berkaitan dengan akidah. Islam sendiri tidak pernah membantah apabila Inggeris mengambil “sukari” lalu disebut “sugar” ataupun “papyrus” disebut “paper” ataupun “marikh” disebut “mars”. Mengapa? Kerana tidak ada kaitan dengan keTuhanan/ akidah. Sebab itu jugalah bangsa-bangsa lain tidak akan berebut perkataan dosa, manusia, syurga dan lain-lain kerana mereka sedar hanya kaum yang jahil akan berbuat demikian. Jelas?



Tidakkah kita berasa hairan lagi pelik, mengapa nama Tuhan dalam agama Islam iaitu “Allah’ yang mahu diguna oleh Kristian Trinitarian dan dinisbahkan kepada Jesus? Mengapa nama Brahma, Vishnu, Siva, Tao, Buddha, Krishna, Manu, Aki Kopuno dan lain-lain tidak pula dinisbahkan kepada Jesus?


Perkataan “Allah” tidak sama dengan perkataan “Tuhan”. “Tuhan” itu ialah jawatan, mana-mana agama pun bebas untuk meletakkan siapa sebagai Tuhan mereka. Tetapi Allah ialah Tuhan Sebenar, tidak ada sesiapa yang boleh meletakkan sesuatu selain Allah untuk dikenali sebagai Allah.


Jesus ialah Tuhan kepada kaum Kristian Trinitary, itu kami akui. Siva Tuhan kepada penganut agama Hindu, itu kami akui. Tetapi “Allah” bukan lagi Tuhan kepada Kristian Trinity kerana mereka sudah memperTuhankan selain Allah iaitu Jesus.

TAMAT


KESIMPULAN BESARNYA... Agama Islam memang tidak membenarkan “Allah” digunakan oleh sesiapa sahaja untuk dinisbahkan kepada selain Tuhan Sebenar. Setakat perbincangan ini, kita belum jumpa bukti mengatakan Islam mengakui agama lain sesuka hati boleh menggunakan “Allah” untuk mereka nisbahkan kepada apa sahaja.


Salam hormat. : )

No comments:

Post a Comment