KETIGA (SHALOM MENULIS):
Sejak bilakah penggunaan Allah oleh orang Kristian di Tanah Arab? Menurut Alkitab, penggunaan Allah oleh orang Kristian bermula dengan Para Rasul lagi. Rujuk Kisah Para Rasul 2:1-13. Semasa Pentakosta, Para Rasul dan pengikut Kristian awal setelah turunnya Roh Kudus, memuji-muji Elohim/Theos dalam dalam pelbagai bahasa. Perbuatan umat Kristian tersebut telah mengejutkan pengunjung, termasuklah peniaga-peniaga dari Arab. Kerana mereka mendengar, umat Kristian itu memuji - muji Elohim/Theos dalam pelbagai bahasa termasuk Arab! Sudah pasti dalam bahasa Arab Elohim/Theos adalah Allah! Tak, el Tuhan
PENJELASAN
Jadi, mengapa umat Kristian Trinity tidak menggunakan perkataan Elohim/ Theos saja? Mengapa mesti menggunakan sembahan umat Islam iaitu “Allah”? Apakah ajaran Bible tidak mencukupi hingga perlu mencedok daripada agama yang datang selepas daripadanya?
Hairan kita, umat Islam tidak pernah pula hendak menggunakan nama sembahan orang-orang lain seperti Siva, Jesus, Buddha dan lain-lain! Tetapi Trinitarian bersungguh-sungguh mahu menggunakannya. Mengapa ya?
Saya sudah melihat Kisah Para Rasul 2:1-13. Memang para sahabat Jesus itu menceritakan tentang kehebatan Tuhan tetapi bukan kehebatan Jesus. Jika mereka hendak menggunakan perkataan “Allah” kepada Tuhan Sebenar tentulah tidak ada salahnya. Lainlah jika mereka menggunakan “Allah” untuk dinisbahkan kepada Jesus. Dan pada bahagian mana dalam ayat-ayat itu ada menisbahkan Tuhan/ Allah kepada Jesus? Tidak ada.
Perlu diingatkan juga, para sahabat Jesus tidak pernah mengajarkan Trinity. Yang mengasaskan konsep Trinity pada awalnya ialah St Paul, dan dia tidak termasuk ke dalam sahabat Jesus. Semua sahabat/ hawari Jesus berfaham Unitary.
Sebelum kita terlupa, Bible bukanlah kitab suci lagi. Kita boleh menghujahkan perkara ini di lain ruangan.
Kedua, Kisah Para Rasul bukanlah Injil/ Gospel. Anda tentu lebih memahaminya.
Bahkan ayat-ayat dalam fasal yang sama membuktikan pula perbezaan antara Allah dengan Jesus (maksudnya Jesus bukan Allah dan Allah bukan Jesus):
“Hai orang-orang Israel, dengarlah perkataan ini: Yang aku maksudkan, ialah Yesus dari Nazaret, SEORANG YANG TELAH DITENTUKAN ALLAH (maksudnya Jesus bukan Allah/ Tuhan) dan yang dinyatakan kepadamu dengan kekuatan-kekuatan dan mujizat-mujizat dan tanda-tanda yang dilakukan oleh Allah dengan perantaraan Dia di tengah-tengah kamu, seperti yang kamu tahu. DIA (Jesus) DISERAHKAN ALLAH (maksudnya dia dan Allah berbeza) menurut maksud dan rencana-Nya, telah kamu salibkan dan kamu bunuh oleh tangan bangsa-bangsa durhaka.Tetapi ALLAH MEMBANGKITKAN DIA (JESUS) (lagi bukti Jesus dan Allah dua peribadi berbeza) dengan melepaskan Dia dari sengsara maut, karena tidak mungkin Ia tetap berada dalam kuasa maut itu. (Kisah Para Rasul 2: 22-24)
Lihat perkataan-perkataan berhuruf besar. Kan ada perbezaan antara Jesus dengan Allah? Begitulah kebenarannya. Jesus bukan Allah, Allah bukan Jesus. Inilah yang dimaksudkan oleh Bible, dan ini jugalah yang dinyatakan dalam al-Quran.
Lagi, katanya ada orang Arab ketika para hawari Jesus berbicara. Apa bukti mengatakan orang-orang Arab itu menyebut Jesus sebagai “Allah’ ataupun “Allah” sebagai Jesus? Tidak ada. Orang-orang Arab itu menyebut Tuhan Sebenar sebagai Allah, dan yang dibicarakan oleh para hawari Jesus itu ialah Tuhan Sebenar, bukan tentang Jesus.
Dalam bahasa Arab, “Elohim” ialah “tuhan-tuhan” (huruf t kecil) manakala “Theos” ialah “Tuhan”. Kedua-duanya menceritakan JAWATAN, bukan NAMA TUHAN. “El” dalam bahasa Arab ialah “Tuhan” (huruf T besar) bukan “Allah”. “Eli” ialah “Tuhanku”, bukan “Allahku”.
Anda terkeliru antara JAWATAN dengan NAMA PEMEGANG JAWATAN.
No comments:
Post a Comment