Tuesday, March 31, 2009

4 - Beza "Ilah" dengan "Allah"

KEEMPAT (SALOM MENULIS):
Berdasarkan inkripsi Kristian pre-Islam, penggunaan Allah oleh orang Kristian memang telah meluas. Salah satunya adalah inkripsi Kristian, Zabad,bertarikh 512AD yang ditulis dalam tiga bahasa iaitu Arab, Greek danSyria. Allah dieja الاه.Ini juga benar dengan Bism Rahmanan (salah satu daripada nama Allah),juga dijumpai dalam inkirpsi Kristian pre-Islam iaitu Himyarites .


PENJELASAN

“Ilah” ialah JAWATAN Tuhan yang Satu, manakala “Allah ialah NAMA sebenar Tuhan yang Satu itu. Tidak sama antara kedua-duanya. Sebab itu kalimah syahadah berbunyi, “Tidak ada ILAH (jawatan Dia) selain ALLAH (nama Dia).” Jadi tidak ada persamaan.


Maka dalam Kristian mungkin begini, “Tidak ada ILAH selain JESUS.” Boleh nampak perbezaan antara jawatan dengan nama?


PERDANA MENTERI ialah jawatan manakala ABDULLAH BADAWI ialah nama. Kita menyebut , “Perdana Menteri kami ialah Abdullah Badawi” tetapi orang lain ada yang menyebut, “Perdana Menteri kami ialah Tony Blair” ataupun “Perdana Menteri kami ialah Obama.”


Maka sekalipun dalam manuskrip Kristian bertarikh 512 M itu ada tertulis “ILAH”, apa bukti Ilah itu ditujukan kepada Allah dan bukan kepada Jesus dan Roh Kudus? Ada bukti?

Bagaimana pula jika ILAH pada manuskrip itu ditujukan kepada Bapa?


Kesimpulannya, setakat penjelasan ini, belum ada bukti Islam membenarkan kaum Kristian Trinity menggunakan “Allah” untuk dinisbahkan kepada Jesus.


Kemudian, manuskrip 512 M itu... diimani oleh siapa? Kristian Unitary ataupun Kristian Trinity?


Apakah yang anda maksudkan “Bismi ar-Rahman” (lebih kurang le)? Jika benar maka maksudnya “Dengan nama yang Pemurah.” Berdasarkan manuskrip itu, “Yang Pemurah” itu ditujukan kepada siapa? Boleh saja kepada Jesus, kepada manusia, kepada para dewa dan lain-lain. Jadi ditujukan kepada siapa? Jika tidak ada bukti perkataan itu ditujukan kepada “Allah”, hujah ini masih belum memadai.


1 comment:

  1. Ilah itu bermaksud Tuhan atau sesuatu yang disembah. Apabila disebut tiada ilah atau sembahan kecuali Allah tentulah Allah itu sudah jadi khususiah sedangkan ilah itu bersifat umum. Ilah kristian ialah Jesus Christ sedangkan Ilah muslim mukmin ialah Allah. Ternyata sekali Allah itulah Ilah kita yang wajib dipertahankan daripada sebarang pencemaran dan pencabulan.

    ReplyDelete