Saturday, April 4, 2009

14 - "Allah" dalam Al-Quran

KE-14 (SHALOM MENULIS):
Memang benar, Yesus bercakap dalam bahasa aramic, greek, latin dan Hebrew dan bukannya arab. Tetapi ada persoalan disini.
Quran, yang ditulis dalam bahasa arab, mengunakan Allah untuk ucapan orang Kristian bagi Elohim, Theos, Deus, Eli/Eloi.
Jadi secara tidak lansung, tidakkah Quran iktiraf terjemahan yang dibuat oleh orang Kristian?


PENJELASAN:

Tentu saja boleh jika mereka tidak nisbahkan kepada Jesus ataupun Roh Kudus tetapi kepada Tuhan Sebenar. Masalah di sini, ayat mana yang anda maksudkan? Tunjukkan ayatnya, maka kita akan sama-sama teliti konteks ayat itu. Ada banyak ayat, tapi ayat yang mana? Betulkah ayat itu membenarkan penggunaan “Allah’ kepada selain “Allah”?


Contoh, surah al-Ikhlas. Ramai menyangka Nabi Muhammad tujukan kepada kaum Kristian tetapi sebenarnya bukan.

No comments:

Post a Comment