KELAPAN
Alkitab (kedua-dua OT dan NT) dalam bahasa Syria telah diterjemahkan sebelum kelahiran Muhammad lagi, dimana Alaha telah digunakan untuk menterjemahkan elohim dan theos.
PENJELASAN
Kita sekadar mengagak-agak sahaja kononnya “Alaha” ada kaitan dengan “Allah”. Tidak ada bukti kukuh menunjukkan persamaan kedua-duanya. (Sekadar contoh) Bagaimana jika orang-orang Hawaii mengatakan “Aloha to Hawaii” (lebih kurang “Selamat datang”)? Apakah kita hendak samakan dengan “Allah” semata-mata kerana bunyinya hampir-hampir sama? Mesti ada sandaran-sandaran yang konkrit untuk menghukum begitu.
Tentang “Elohim” dan “Theos” sudah saya jelaskan sebelum ini.
Katakanlah betul Alaha digunakan untuk Elohim dan Theos, apakah Elohim dan Theos itu Jesus? Di mana buktinya?
Dalam Alkitab Syria itu, adakah perkataan “Jesus” ada digantikan dengan “Allah” ataupun sebaliknya?
No comments:
Post a Comment