Tuesday, March 31, 2009

2 - Nukilan Ahli Sejarah Islam

KEDUA (SHALOM MENULIS):
Berkenaan hadist itu, maafkan saya, bukan hadist tapi dari penulis Islam. Al-Azraqi dalam Martin Ling:


"On the day of the conquest of Mecca the Prophet entered the House (=the Kaaba; my comment) and sent al-Fadl ibn al-Abbas ibn Abdalmuttalibto get water from the well of Zemzem. He ordered to bring pieces ofcloth and to imbue them with water and then he commanded to wash offthese pictures, as it was done. He stretched his arms, however, overthe picture of Jesus, the son of Mary, and of his mother and said:'Wash off all except what is under my hands!' But eventually he tookaway his hands away from Jesus, the son of Mary, and his mother."(al-Azraqi p. 111, cf. p. 76)


(Martin Lings, "Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources"p.300, ref: al-Waqidi, Kitab al-Maghazi 834, and Azraqi, Akhbar Makkahvol. 1, p. 107)
Memandangkan kesuntukan masa, saya rangkumkan semua jawapan saya terhadap soalan PasarMalam.


PENJELASAN:
Al-Waqidi hidup lebih 150 tahun (lebih kurang) selepas pembukaan Kota Mekah manakala Al-Azraqi hidup 200 tahun (lebih kurang) selepas pembukaan Kota Mekah. Mereka hidup jauh daripada zaman kisah itu berlaku dan mereka tidak pula menyatakan siapa yang menceritakannya kepada mereka. Mereka tidak menyertakan sanad-sanad kisah yang mereka tulis itu. Imam Syafie menyifatkan kitab sejarah Al-Waqidi banyak berisi pembohongan. Banyak cendekiawan Muslim menolaknya kerana sering tidak berpijak kepada bukti-bukti. Jadi sandaran kepada kenyataan al-Waqidi kita tolak.


Tentang al-Azraqi, sangat menghairankan mengapa hanya dia seorang yang mengatakan di Kaabah ada gambar Jesus dan ibunya. Anda perlu memahami konsep kesahihan yang sangat dipentingkan dalam Islam. Kita ambil contoh hadis dan Bible.


Contohnya Nabi Muhammad berkata “Bermusafirlah kamu ke tiga masjid....” (sekadar contoh). Kata-katanya ini didengar oleh 3 orang sahabat yang dipercayai, kemudian 3 orang ini menyampaikan pula kepada 8 orang terpercaya generasi selepas mereka, kemudian yang lapan orang ini bercerita pula perkara yang sama (secara huruf demi huruf tanpa sebarang perbezaan walaupun antara mereka yang 8 orang ini saling tidak pernah bertemu) kepada 15 orang terpercaya. Begitulah seterusnya sehingga beberapa generasi.


Kemudian para pengumpul cerita hadis seperti Bukhari dan Muslim akan menilai kebolehpercayaan setiap orang yang terlibat dalam membawa cerita itu dari zaman Nabi Muhammad sampailah ke zaman pengumpul hadis tadi. Semua nama itu mesti orang yang terpercaya dan diakui oleh ulama-ulama lain. Ini baru SEBAHAGIAN daripada penapisan cerita hadis, ada banyak kriteria penapisan lagi (boleh dipelajari dalam ilmu mustalah hadis). Setelah lulus semua tapisan, barulah cerita itu diletakkan tarafnya sama ada cerita sahih, cerita yang baik, cerita yang lemah ataupun cerita palsu.


Lihat betapa sukarnya hendak menapis sesuatu cerita. Kena ada ramai pencerita perkara yang sama huruf demi huruf pada setiap generasi. Kalau sekadar AZRAQI SEORANG saja yang meriwayatkan cerita gambar Nabi Isa ini, mengikut disiplin ilmu hadis, ia tak lebih daripada sebuah hadis yang sangat dhaif dan tidak boleh djadikan hujah. Silap-silap termasuk ke dalam hadis palsu.


Bandingkan pula dengan Bible, tidak diketahui siapa penceritanya pada setiap generasi sebelum dikumpulkan. Tahu-tahu kena imani saja tanpa sebarang persoalan. Sebab itu Islam mengatakan kitab Bible hanya sebanding sebuah kitab sejarah saja dalam Islam, taraf hadis pun tidak, taraf kitab suci jauh sekali. Jika anda belajar ilmu mustalah hadis, anda akan dapati Bible tak lebih daripada himpunan riwayat-riwayat dhaif dan palsu, mencapai taraf hasan pun tidak. Jika tidak percaya, silakan belajar cara-cara menyaring sesebuah hadis.


Jika anda berminat, saya boleh beri contoh lanjut untuk anda memahami betapa ketatnya disiplin menapis sesebuah cerita dalam Islam.


Kesimpulannya, cerita al-Azraqi tidak punya nilai kehujahan.




SHALOM MENULIS:

Erm kalau anda tidak percaya dengan tulisan org Islam sundri..aku no komen...Sama juga ada org Islam tidak percaya dengan catatan hadist...

Kalau anda org Islam sundri tidak percaya dengan tradisi tulisan Islam, apatah lagi org bukan Islam

Aku petik itu pon , sebab iu itu menarik. Dari tulisan Islam dah cakap, ada gambar Yesus dan Maria dalam Kaabah. Tapi anda ptikaian penulisan Islam sundri...

Klu anda dah x percaya, aku 360 darjah lagi ler x caye..


PENJELASAN:

Itulah betapa jauh bezanya kebenaran dalam Islam dengan kebenaran dalam Kristian.

Dalam Islam, apabila kita menerima sesuatu berita sejarah, cerita itu akan disaring dengan sangat ketat agar isinya terlepas daripada kepalsuan, penyelewengan, kesalahfahaman, kekeliruan dan sebagainya.


Dalam Kristian pula, apa saja berita sejarah, asalkan ada satu dua orang mengatakannya, maka cerita itu mudah-mudah saja dikira sahih. Sebab itulah rujukan utama Kristian iaitu Bible begitu banyak masalah. Mengapa? Kerana sikap “dengar dan terus percaya”.


Kita lihatlah kekarutan dalam kitab suci anda, antaranya:


Tuhan boleh kalah lawan bertumbuk dengan manusia.

Tuhan boleh tidak tahu di mana manusia menyorok.

Nuh mengangkut binatang liar seluruh dunia sepasang demi sepasang. Bila masanya Nuh ke Kutub Utara menangkap beruang kutub? Bila masanya Nuh ke China menangkap panda? Bila masanya Nuh ke Tanah Melayu menangkap orang utan?

Banjir pada zaman Nuh dikatakan menenggelamkan seluruh dunia! Padahal bukti-bukti geografi , arkeologi dan sejarah menafikannya.


Banyaklah kesalahan dalam Bible, tapi kita tidak membincangkannya di sini kerana khuatir anda melencong ke sana ke mari lagi. Dalam kesempatan lain, kita boleh mendiskusikannya. Cuma yang mahu saya jelaskan di sini ialah... KETIADAAN/ KELEMAHAN SARINGAN CERITA dalam agama Kristian menyebabkan sumber utamanya sendiri huru-hara.


Anda berbicara tentang TRADISI ISLAM, tetapi anda sendiri tidak punya ilmu tentangnya. Maka saya kongsikan ilmunya agar anda jelas. Dalam tradisi Islam, mana-mana kitab sejarah awal bukanlah fakta kebenaran sebagaimana Quran dan hadis. Kitab-kitab sejarah ini mesti disaring terlebih dahulu isinya sebelum apa-apa keputusan dikeluarkan. Para ahli sejarah Islam ketika menulis kitab-kitab sejarah, mereka mengumpulkan semua maklumat yang mereka terima, asalkan maklumat itu tidak nampak jelas berbohong. Mereka bukan tukang saring yang mahir.


Oleh itu, kitab-kitab sejarah terawal Islam mengandungi campuran antara cerita-cerita yang sahih, yang baik, yang lemah dan yang palsu. Samalah seperti Bible. Sebab itu dikatakan, kitab Bible hanya setaraf kitab-kitab sejarah saja dalam Islam. Bible tidak menyamai taraf kitab-kitab hadis, apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan al-Quran.


Sambung lagi. Tugas menyaring diberikan kepada tukang saring yang datang selepas kitab-kitab sejarah terawal itu selesai dibukukan. Ulama-ulama penyaring inilah yang menentukan isi mana yang sahih, isi mana yang baik, isi mana yang dhaif dan isi mana yang palsu. Untuk menyaring semua cerita itu pula, ada disiplin ilmu yang sangat ketat.


Jadi kisah yang dibawa al-Azraqi itu tidak melepasi pun disiplin ilmu yang digariskan. Cerita itu berada antara cerita yang dhaif, sangat dhaif ataupun palsu sahaja.


Dengan penjelasan ini, tuduhan murahan anda kononnya saya menolak tulisan orang-orang Islam sendiri tidaklah benar, hanya dakwaan kosong untuk menyedapkan hati. Hakikatnya, saya menerima kesemua nukilan orang Islam yang sahih dan hasan. Yang dhaifnya saya pertimbangkan. Yang sangat dhaifnya saya tinggalkan manakala yang palsunya saya tolak.


Saya faham, anda membuat kenyataan begitu untuk memenangi simpati pembaca dialog kita ini. Anda cuba menggambarkan kepada mereka yang saya menentang tulisan para ilmuan Islam sendiri. Maka pandangan saya dengan pandangan Islam tidaklah sama. Padahal hakikatnya saya hanya menolak tulisan mereka yang sangat dhaif dan yang palsu sahaja.


Maaflah, usaha anda kali ini tidak berhasil. Saya nasihatkan anda, ada baiknya anda berdialog saja dengan saya secara “lelaki sama lelaki”. Menangi dialog dengan hujah-hujah kebenaran, bukan dengan sentimen-sentimen. Saya juga yakin, para pembaca semua orang yang bijak-bijak, tidak akan terpengaruh dengan PERANG SENTIMEN” yang cuba anda bawa.



SHALOM MENULIS:

“Kalu anda org Islam sundry tidak percaya engan tradisi tulisan Islam, apatah lagi org bukan Islam.”

“Klu anda dah x percaya, aku 360 darjah lagi ler x caye..”


PENJELASAN:

Bagus! Begitulah pilihan yang tepat!

Oleh kerana saya tidak percaya cerita al-Azraqi ini, maka anda mengaku lebih sangat-sangat tidak percaya. Betullah tu. Jadi keputusannya, cerita al-Azraqi ini sama-sama kita persetujui untuk dibuang ke tepi. Tamat bahagian ini!

No comments:

Post a Comment