KE-16 (SHALOM MENULIS):
Sr.Pasal Malam membantah Alkitab dalam English sebut God dan bukannyaAllah, jadi kenapa nak guna Allah? (dalam hal ini saya galakkan sr.PasalMalam belajar tentang hubungkait bahasa dan sejarah bahasa).Walaupun tiada orang Islam setuju Allah dinisbah dengan Yesus, tetapi diluar sana ramai orang Islam bersetuju, konsep ketuhanan Kristian-Islam adalah sama. Cuma berbeza tentang zat ketuhanan.Mungkin sr. PasarMalam dan ulama-ulama di Malaysia tidak mengetahui bagaimana pada 12 Oktober 2006 sebanyak 36 orang ulama Islam yang antaranya dari Egypt, Russia, Bosnia, Croatia, Kosovo, Istanbul,Uzbekistan, Oman etc.. menghantar surat kepada Pope Benedict. Begitu juga setahun selepas itu, sebanyak 138 orang ulama dan sarjana Islam bersama sarjana Kristian membuat deklarasi. Dalam dokumen-dokumen tersebut, dinyatakan oleh ulama Islam, sarjana Islam, Kristian-Islam berkongsi Allah yang sama yang dikenali sebagai Abraham heritage. Belum lagi dengan ulama-ulama Islam di barat, yang sentiasa memberitahu orang Kristian bahawa kita menyembah Tuhan yang sama. Malahan ada Quran english menterjemahkan Allah kepada God. Mungkinmereka-mereka ini tidak cukup Isle kot?
PENJELASAN:
Orang Islam mana yang setuju itu? Setakat ini saya belum jumpa seorang Islam yang boleh menolak secara ilmiah hujah-hujah kami yang tidak bersetuju ini, sebaliknya hujah-hujah mereka kami rungkaikan satu-persatu. Oleh kerana ada sebahagian orang Islam mengakuinya, itu bukan bukti ISLAM itu sendiri membenarkannya. Oleh kerana ada orang Islam yang menjadi penjenayah, tidak bermakna Islam menyetujuinya. Mereka boleh saja tersilap ataupun kekurangan maklumat lalu mengeluarkan pandangan yang salah.
Konsep KeTuhanan Islam dan Kristian sama?
Yang ini kita boleh bincangkan supaya saya boleh lihat bahagian mana yang dikatakan sama itu? Pada saya, konsep keTuhanan Islam dengan Kristian Trinity umumnya tidak sama langsung. Dalam Kristian, Tuhan pernah kalah lawan bertumbuk dengan Jacob. Layakkah itu berjawatan Tuhan? Sedangkan dalam Islam, Tuhan mustahil akan kalah dengan mana-mana makhluk selama-lamanya, barulah layak Dia menjadi Tuhan. Bagaimana anda mengatakan konsep keTuhanan kita sama?
Tuhan Islam Maha Mengetahui, tidak pernah tidak tahu tetapi Tuhan Kristian beberapa kali pernah tidak tahu. Tuhan Islam tidak pernah menyesal kerana Dia Maha Tahu apa yang akan berlaku sampai bila-bila pun, sedangkan Tuhan Kristian menyesal menjadikan manusia di bumi. Tuhan Islam tidak pernah diutus kerana semua bersumber daripadaNya, maka dialah Pengutus. Tidak layak Dia diutus. Padahal Kristian percaya Tuhan Roh Kudus diutus dan Tuhan Jesus juga diutus kepada manusia.
Anda fikir sendiri- Bapa/ Tuhan di syurga, Roh Kudus pula sedang turun kepada Jesus dalam bentuk burung manakala Jesus sedang menunggu wahyu di bumi. Ketiga-tiganya satu peribadi ataupun tiga peribadi yang berbeza? Yang mana satu Tuhan sebenar/ Allah?
“Dan turunlah Roh Kudus dalam rupa burung merpati ke atasnya (Jesus). Dan terdengarlah suara dari langit: "Engkaulah anak-Ku yang Ku-kasihi, kepadamulah Aku berkenan."
(Lukas. 3:22)
Tentang ulama-ulama yang anda sebutkan, bukankah sudah saya nyatakan bahawa Malaysia adalah benteng terakhir?
Kemudian, adakah apa-apa kenyataan ataupun dokumen para ulama itu yang menyetujui Jesus itu Allah dan Allah itu Jesus? Jika ada sila buktikan. Saya yakin tidak ada. Mustahil ada mana-mana ulama Islam yang benar akan mengakui Jesus itu Allah dan Allah itu Jesus.
Jika boleh, sertakan sama dokumen itu ataupun petikannya yang sah supaya kita yakin memang itulah yang mereka katakan. Kadang-kadang mereka maksudkan lain tetapi pembawa berita mengulasnya jadi lain. Takkanlah saya hendak percaya terus 100% dengan kata-kata yang anda bawa kan?
KATAKANLAH betul apa yang anda bawa. Mereka kata, “Kristian dan Islam berkongsi Allah yang sama”. Persoalannya, benarkah mereka tulis “ALLAH” dan bukannya “TUHAN”? Apa buktinya?
Jika benar tertulis “Allah” di sana, apakah ulama-ulama Islam itu memaksudkan Jesus dan Roh Kudus? Jika benar, apa buktinya?
Saya sangat yakin, mereka tidak pernah memaksudkan Allah sebagai Jesus ataupun Roh Kudus.
Masalah “Abraham Heritage”. Pada zaman Nabi Ibrahim/ Abraham, Jesus belum ada, belum dilahirkan. Ibrahim menyembah Tuhan Sebenar yang tidak terpengaruh dengan konsep Trinity. Sebab itulah mungkin para ulama itu bersetuju mengatakan “kita berkongsi Tuhan/ Allah yang sama”, tetapi DENGAN DINISBAHKAN kepada agama Ibrahim, bukan kepada agama Kristian Trinity.
Sebenarnya pemergian para ulama itu adalah atas dasar politik. Mereka menjalankan jarum-jarum halus untuk menunjukkan kedekatan Islam dan Kristian atas kepentingan tertentu (tidaklah saya panjangkan di sini kerana melibatkan kerahsiaan). Malangnya umat Kristian tidak menyedari. Apa yang anda lihat bukanlah apa yang sebenarnya berlaku.
Siapa dia ulama-ulama di Barat yang mengakui Islam dan Kristian menyembah Tuhan yang sama tu? Untuk pengetahuan anda, banyak ilmuan yang mengaku Islam tetapi Islam Liberal (satu ajaran sesat). Mereka banyak bertapak di Barat. Memang mereka mengusahakan persamaan dalam semua agama. Jadi, kata-kata mereka ini tidak pernah melambangkan kata-kata agama Islam sendiri. Jangan asal dia mengaku bercakap bagi pihak Islam, maka kita terus yakin 100% memang apa yang dicakapnya itu ajaran Islam.
Quran Inggeris menterjemahkan “Allah sebagai God”? Yang ini saya tidak pasti. Jika boleh, anda datangkan contoh/ bukti. Benarkah “Allah” diterjemahkan sebagai “God” ataupun “Ilah”, “Rabb” dan lain-lain yang diterjemahkan sebagai “God”?
Sebab sefaham saya, “Allah” tidak diterjemah, yang diterjemah ialah selain itu seperti “Rabb” dan “Ilah”. Tapi tak mengapalah, kita menanti bukti daripada anda. Pastikan juga itu Quran terjemahan Inggeris yang diakui, bukan yang dicipta oleh musuh-musuh Islam ataupun buatan orang Islam sendiri tapi orang itu tidak diiktiraf oleh ulama-ulama Islam.
No comments:
Post a Comment