KEENAM
Saudara Usopp bertanya, sehingga sekarang tiada terdapat manuskirp Injil yang ditemui yang bertarikh pre-Islam. Memang diakui, susah hendak menjumpai. Saya rasa, tidak perlu untuk saya menjawap soalan ini(sebab ada unsur-unsur sensitiviti). Walaubagaimanapun menurut Kenneth J. Thomas dalam¡°Allah in Translations of the Bible,¡± TechnicalPapers from the Bible Translator52, no.3 (July 2001), journal rasmi terbitan the United BibleSociety.
¡° ¡theArabs used the word Allah for the supreme being before the time ofMuhammad. Inscriptions with Allah have been discovered in Northernand Southern Arabia from as early as the fifth century b.c. Christians have used the word Allah from pre-Islamic times, and Allahhas been used continuously in Arabic translations of the Bible fromthe earliest known versions in the eighth century to this day. OneArabic translation of the New Testament using the word may even bepre-Islamic.¡±
*Usop ialah seorang teman yang mencelah dalam diskusi ini.
PENJELASAN
Seperti yang selalu saya tegaskan, jika penduduk Arab menggunakan “Allah” dan menisbahkannya kepada Tuhan yang Satu/ Sebenar, tidak pernah kita membantah. Yang kita bantah ialah apabila sesiapa menisbahkannya kepada selain Tuhan Sebenar/ Zat Sempurna itu. Tidak boleh dinisbahkan kepada Jesus dan Roh Kudus kerana mereka bukan Tuhan Sebenar.
Tidak menghairankan jika penduduk Tanah Arab menggunakan “Allah” sejak sebelum kedatangan Islam lagi kerana memang mereka menisbahkan “Allah” kepada Tuhan sebenar walaupun mereka menyembah berhala-berhala. Hal in kerana berhala-berhala itu tidak pernah mereka sebut sebagai “Allah”. Mereka tahu “Allah’ dan selainNya berbeza.
SHALOM MENULIS:
Kristian Arab pre-Islam adalah majoriti sembah Yesus..
Klu awk nak tahu lebih lanjut..google je website kristian arab..
Yang minoriti..aku serahkan pada awk untuk mengemukakan bukti..
PENJELASAN:
Pertama:- Saya berdialog secara professional. Jika anda jenis yang berhujahkan “google je laman sekian-sekian”, sepatutnya anda pilih saja orang-orang yang sehaluan dengan anda, bukannya berhujah dengan saya. Apa gunanya diskusi jika mahu memberikan bukti maka saya katakan, “anda google saje laman sekian-sekian”, kemudian anda pula menjawab, “Saya yang benar, buktinya... cuba google cerita sekian-sekian”? Ini cara diskusi murahan. Asyik menyuruh lawan “menggoogle”, nampak jelas kedaifhan ilmu yang kita ada. Marilah kita bertukar-tukar fikiran dengan cara yang lebih ilmiah.
Kedua- Anda mendakwa Kristian pra-Islam majoritinya menyembah Jesus. Jadi... di mana buktinya agama Kristian memang menyebut Jesus sebagai “Allah” ataupun “Allah” sebagai Jesus?
Berikan buktinya : ......................................................................
Kita mahu bukti yang ini, kerana ini persoalan pokok dalam diskusi kita. Majoriti ataupun minoritinya Kristian Trinity di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam BUKAN BUKTI Kristian memang menyebut “Allah” untuk Jesus dan Jesus untuk “Allah”.
Anda boleh bezakan tak dua perkara ini?
Harap anda tidak mencampur adukkannya.
No comments:
Post a Comment