Saturday, April 4, 2009

10 - Surah Al-Buruj

KESEPULUH
Malahan,dikatakan Surah Buruj ayat 4-8 ditujukan kepada Kristian Nazjran. Komuniti Nazjran merupakan terdiri daripada aliran Nestorian. Nestorian percaya bahawa Yesus adalah Tuhan, Cuma pandangan mereka tentang kemanusiaan dan ketuhanan Yesus berbeza.Menurut perumusan Kristian ortodox, kemanusiaan dan ketuhanan Yesus adalah bersatu. Tetapi menurut Nestorian, kemanusiaan dan ketuhanan Yesus berpisah.Tapi seperti orthodox, mereka percaya Yesus adalah Tuhan.

PENJELASAN

Baiklah. Kita lihat ayat-ayatnya:

4- Celakalah kaum yang menggali parit.

5- (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran.

6- Ketika mereka duduk di sekelilingnya.

7- Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang beriman.

8- Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu BERIMAN KEPADA ALLAH, YANG MAHA BERKUASA, lagi Maha Terpuji.

9- Tuhan yang MENGUASAI ALAM LANGIT DAN BUMI. Dan, Allah SENTIASA MENYAKSIKAN SEGALA SESUATU.


Dan...


16- Yang berkuasa melakukan segala MENGIKUT KEHENDAKNYA.


Kita lihat betul-betul “Allah” mana yang dimaksudkan dalam ayat ini. Allah itu Maha Berkuasa, sedangkan Jesus tidak Maka Berkuasa. Banyak perkara yang tidak mampu dilakukannya. (Tentang kelemahan-kelemahan Jesus yang membuatkan dia tidak layak sebagai Tuhan, ada saya huraikan panjang lebar di bawah nanti). Jesus tidak menguasai langit dan bumi. Untuk mengeluarkan buah ara daripada pokok ara yang tidak berbuah pun dia tidak mampu. Jesus juga tidak menyaksikan segala sesuatu kerana dari jauh dia tidak nampak yang pokok ara itu memang tidak berbuah. Setelah hampir barulah diketahuinya.


Lagi, Allah dalam ayat itu boleh melakukan apa saja mengikut sehendak hatinya. Padahal Jesus mengakui yang dia tidak mampu melakukan sehendak dirinya melainkan mengikut kehendak Tuhan Sebenar iaitu Bapa/ Allah. Kan tidak sama?


Jadi, ALLAH yang dimaksudkan dalam ayat ini tidak ada kena-mengena dengan Jesus.


Ada dua hadis melalui jalan berbeza yang menceritakan hal ini. Kedua-duanya hadis yang panjang. Saya pernah mengupas hadis ini dalam salah satu ceramah saya dalam 5-6 tahun lepas. Ia mengisahkan seorang budak yang beriman kepada Allah (tidak disentuh langsung Isa / Jesus di dalam hadis-hadis itu) dan menolak agama pemerintah. Akhirnya budak itu dibunuh dan SEMUA yang beriman kepada ajaran budak ini dibakar dalam parit besar. Maksudnya, semua penyembah Allah ini sudah pupus. Jika selepas itu datang ajaran Kristian Trinity yang menjadikan Jesus sebagai Allah, maka tentulah hal itu tidak boleh dipertanggunggjawabkan kepada ayat al-Quran di atas, tidak ada kena –mengena.


Kemudian, apa saja cerita yang melibatkan Jesus dalam al-Quran, pasti Al Quran menyebutnya terang-terang sebagai al-Masih, Ibnu Maryam, Isa dan seumpamanya. Tidak pernah sembunyi-sembunyi.

Lihat ayat Quran yang anda petik, pada bahagian mana ada disentuh nama Jesus/ Isa di sana? Jika benar ada kaitan, pasti Quran menyebutnya tanpa sembunyi-sembunyi. Malangnya tidak ada. Ini membuktikan ALLAH yang disentuh dalam ayat-ayat itu tidak ada kaitan dengan Jesus.


Sebagai tambahan, ayat ini tidak ditujukan kepad Kristian Najran tetapi MENCERITAKAN KISAH SILAM Kristian Najran yang pada zaman itu bukan berfahaman Trinity. Aliran-aliran yang anda sebutkan hanya datang selepas zaman budak dan kaumnya dibakar, jadi Kristian Trinity yang datang kemudian itu tidak berkaitan juga dengan agama si budak. Zaman si budak adalah zaman terawal kedatangan agama Nasrani ke sana, belum ada aliran-aliran. Sebab itu guru rahib si budak merahsiakan ajarannya selama mengajar budak itu, dan berpesan pula supaya merahsiakan anutan mereka.

No comments:

Post a Comment