KELIMA (SHALOM MENULIS):
Mana-mana ensiklopedia dan kajian-kajian, termasuk dari Islam memberitahu kita Yahudi dan Kristian hanya menggunakan Allah untuk Elohim/Theos diTanah Arab sejak pre-Islam.
PENJELASAN
Ensiklopedia mana? Kajian Islam yang mana? Sekadar dakwaan kosong, siapa-siapa pun boleh berkata begitu wahai tuan. Yang kita mahu sekarang ialah hujah semua Ensiklopedia itu dan hujah para pengkaji Islam itu. Kita bukan mahu lihat KEPUTUSAN, tetapi mahu menilai HUJAH-HUJAH MEREKA DALAM MEMBENTUK KEPUTUSAN ITU. Kadang-kadang kajian itu tidak ada sandaran kukuh tetapi dikeluarkan juga hasilnya. Setelah dinilai semula, ternyata kajian itu sangat lemah lagi penuh sandaran-sandaran palsu.
Contoh: Amerika keluarkan KEPUTUSAN berdasarkan kajian mereka bahawa Iraq ada senjata nuklear. Maka serangan pun dibuat. Tetapi setelah dikaji kemudiannya, ternyata tidak ada senjata nuklear di Iraq. Jadi dalam hal ini sebaiknya kita sama-sama melihat dulu apa sandaran-sandaran mereka dalam mengeluarkan keputusan tersebut.
Tugas kita sekarang, keluarkan hujah-hujah ensiklopedia itu, juga hujah-hujah para pengkaji Islam itu untuk sama-sama kita nilai. Mana boleh kita bergantung kepada KEPUTUSAN SEBUAH ENSIKLOPEDIA tanpa menilai terlebih dahulu sandaran-sandaran mereka. Bagaimana jika mereka menipu ataupun tersilap fakta?
Nabi Muhammad tidak menghalang orang musyrikin Arab di sekelilingnya menggunakan “Allah” untuk dinisbahkan kepada Tuhan Sebenar kerana mereka tidak menggunakan “Allah” kepada selain Tuhan Sebenar sekalipun mereka menyembah berhala-berhala. Semua berhala tidak disebut “Allah”. Sedangkan umat Kristian Trinity menisbahkan “Allah” itu selain kepada Tuhan Sebenar iaitu Jesus dan Roh Kudus!
Sebab itu Al Quran (Islam) tidak membenarkan sesiapa menyebut “Allah” untuk Jesus ataupun Jesus untuk “Allah” dengan kata, “Kafirlah orang-orang yang BERKATA: Bahawasanya Allah ialah al-Masih (Jesus).” (Maaidah: 72)
Mengatakannya saja sudah tidak boleh. Menyokong membenarkan mereka yang mengatakannya tentu juga tidak boleh. Apatah lagi jia menyembahnya. Jelas Islam melarang, sebab itu umat Islam di Malaysia turut melarangnya.
Seterusnya, anda menggunakan perkataan ELOHIM. Anda selaku Kristian tahukah apa maksud ELOHIM? Ataupun anda menggunakannya tanpa mengetahui maksud? ELOHIM ialah “tuhan-tuhan” (dengan huruf t kecil dan jumlahnya banyak), bukannya “Tuhan” (huruf T besar iaitu Tuhan Sebenar).
Tentang THEOS, kita perlu lebih penjelasan sama ada anda maksudkan HOTHEOS ataupun TONTHEOS. Semua itu (El, Elohim, Eloah, Yehowah, Yahweh dll) ada mempunyai maksud yang sama dan ada yang berbeza-beza tetapi apabila diterjemahkan ke Bahasa Inggeris maka semuanya disebut GOD. Anda fikir sendirilah, telus ataupun tidak terjemahan itu? Jujur ataupun tidak? Mengapa tidak diterjemah secara jujur? Kerana mereka tidak mahu kebohongan Trinity terungkap. Di sinilah penyelewengan maksud berlaku.
Kemudian kaum Kristian Triniti di Malaysia ada yang menggunakan Bible berbahasa Melayu yang diterjemah daripada Bible Bahasa Inggeris (yang jelas-jelas tidak jujur terjemahannya), maka jadinya dua kali tidak jujur.
Siapa umat Kristian di Malaysia ini yang pernah berusaha untuk menjelaskan maksud-maksud setiap nama itu kepada kaum keluarga dan masyarakatnya? Mengapa dibiarkan tanpa pembetulan?
SHALOM MENYEBUT:
Kalau anda tidakj setuju dengan kajian2 ensklopedia itu, adalah lebih baik anda bentangkan sendiri kajian anda.
Saya tidak minta anda bulat2 percaya dengan ensklopedia atau mana2 kajian..Setakat ini anda tidak bentangkan pun bukti2 yg menyokong kenyataan anda. Kebanyakkkan anda bercakap bdasarkan tafsiran anda, kemudian berkata mufti itu ini memutar maksud Quran..bagi mana2 yg tidak sealiran dengan anda.Belum lagi tmasuk bab anda tidak percaya kepada penulis sejarah Islam sundri.
Kalau aku bentangkan dari hadist bukhari sundri yg isu Alkitab dalam bahasa Arab..ntah2 awk akan cakap Bukhari itu pon x bleh nak caye..
Bagi aku senang saja, kalau anda nak tau Kristian Arab sebut Yesus atau tidak..anda pergi saja ke Arab tu..
Lakukan kajian sundri.... Berdasarkan pembacaan aku yang pelbagai...Kristian arab dari pre-Islam sundri sebum Allah untuk Bapa, Putera dan Roh Kudus.
PENJELASAN:
Pertama- Anda kena faham, ensiklopedia-ensiklopedia itu umumnya bukan ditulis oleh Muslim. Bagaimana kita boleh TERUS PERCAYA dengan ensiklopedia-ensiklopedia itu tanpa TANPA SEDIKIT KAJIAN? Jika ditulis oleh Muslim, apakah dia benar-benar seorang ulama Islam? Kan kita kena buat pertimbangan terlebih dahulu?
Kedua- Anda tidak menyebutkan pun ENSIKLOPEDIA-ENSIKLOPEDIA YANG MANA, tetapi bercakap secara umum saja. Bagaimana saya boleh percaya yang memang ensiklopedia-ensiklopedia itu mengatakan begitu? Bagaimana saya boleh percaya yang anda memang membaca banyak ensiklopedia-ensiklopedia itu SEBELUM ANDA MENGELUARKAN KENYATAAN ITU?
Ketiga- Bible sendiri yang kononnya wahyu dari Tuhan itu mengandungi begitu banyak kesalahan, kekeliruan dan penyelewengan, bagaimana kita boleh TERUS PERCAYA dengan mana-mana ensiklopedia yang hanya terhasil daripada kajian manusia?
Kesimpulannya, memang benarlah kata-kata anda, “Saya tidak minta anda bulat2 percaya dengan ensklopedia atau mana2 kajian” dengan TINDAKAN SAYA selama ini.
Keempat- Memang jelas “mufti itu ini” melakukan kesalahan dalam memahami ayat-ayat al-Quran kerana sehingga kini belum ada seorang pun yang berjaya menunjukkan kebenaran mereka, sebaliknya melarikan diri daripada berhujah dengan pelbagai alasan.
Kelima- Janganlah buat tuduhan palsu kononnya saya tidak percaya tulisan orang-orang Islam sendiri. Hal ini sudahpun diterangkan sebelum ini. Pendirian saya, saya hanya tidak percaya tulisan mereka yang SALAH dan yang SANGAT DHAIF sahaja. Yang dhaif saya pertimbangkan, yang BAIK saya terima dan yang SAHIH saya sangat-sangat terima. Anda cuba membayangkan seolah-olah saya MENOLAK SEMUA tanpa ada standard tertentu. Cara anda cuba mempengaruhi pembaca begini tidak akan berhasil. Percayalah.
Keenam- Isu alKitab dalam bahasa Arab. Bila masanya saya pernah menolak kewujudan alKitab dalam bahasa Arab? Tolong berikan buktinya di sini: .......................................................
Jika anda gagal memberikan, maksudnya anda melakukan fitnah.
Jadi, jika dalam hadis sahih Bukhari mengatakan wujudnya Bible berbahasa Arab, mengapa pula saya akan menolaknya?
Sememangnya kita sedia maklum ada Bible yang sudah diterjemah ke dalam bahasa Arab. MASALAHNYA/ ISU UTAMANYA..... di mana dia:
1. Bukti Islam membenarkan “Allah” digunakan untuk Jesus (dan sebaliknya)
2. Bukti ajaran Jesus sedari awal menggunakan “Allah” untuk Jesus (dan sebaliknya).
Ketujuh- Memanglah SEKARANG ada orang Kristian di Arab yang menisbahkan “Allah” kepada Jesus, samalah dengan di Malaysia. Masalahnya, mereka ini berbuat demikian atas dasar nafsu sahaja, bukannya atas dasar AJARAN JESUS yang tulen. Jadi kewujudan mereka tidak menunjukkan Islam membenarkan “Allah” dinisbahkan kepada Jesus (dan sebaliknya) DAN ajaran Jesus memang menisbahkan “Allah” kepada Jesus (dan sebaliknya). Padahal kebenaran untuk kaum Kristian di Malaysia berbuat demikian bergantung kepada dua perkara di atas.
Takkanlah kerana wujudnya penganut agama Kristian di Afrika Selatan mengamalkan dasar apartheid, maka itu membuktikan Kristian memang menyetujui dasar apartheid?
Takkanlah kerana Reverend Moon (pengasas aliran Gereja Unification) yang mengakui sebagai “penyelesai kerja-kerja Jesus yang belum selesai” mendapat tempat di Jepun, Korea, England, Amerika dan lain-lain maka itu bermaksud agama Kristian mengakuinya?
Takkanlah kerana wujudnya kalta Branch Davidian di Amerika di bawah “Prophet from the East”- Victor Houteff dan pendukung kuatnya David Koresh maka itu menjadi bukti ajaran Jesus mengakui kebenaran mereka?
Takkanlah situasi semudah ini gagal kita fahami?
Kebenaran bukanlah terletak kepada perbuatan sebahagian orang-orang Kristian di Arab hari ini, tetapi kepada ajaran Jesus (Injil) dan agama Islam. Jadi setakat ini anda masih gagal memberikan bukti daripada ajaran Jesus dan daripada ajaran Islam.
No comments:
Post a Comment