Tuesday, March 31, 2009

7 - Waraqah dan Buhaira

KETUJUH
Tradisi Kristian memberitahu kita, bahawa WaraqahIbn Nawfal dari Mekah telah memeluk Kristian menjadi rahib dan membaca Alkitab dalam bahasa Arab semasa menyebarkan agama Kristian di sekitar Arab. Begitu juga dengan Bahira (Sergius Bahira atau Georgius Bahira), rahib, yang dikatakan pernah menjadi guru kepada Muhammad.

PENJELASAN
Tidak ada bukti sahih mengatakan dia PASTI beragama Kristian kerana asalnya dia beragama Hanif, cuma dia rajin belajar Bible, itu pun bukan keseluruhan Bible. Jadi saya lebih cenderung mengatakan dia seorang beragama Hanif tetapi banyak pengetahuan tentang agama-agama lain.

Jika dia beragama Kristian pun, jelas bukan Trinity kerana dia percaya Nabi Muhammad bakal menjadi Rasul Terakhir sedangkan golongan Trinity tidak percaya hal itu.

Di mana bukti mengatakan dia membaca Bible dalam bahasa Arab? Anda tahu berapa tebal Bible jika ditulis pada zaman dahulu dengan tulisan tangan yang besar-besar dan kertasnya pula tebal-tebal? Boleh kita percayakah Waraqah ada senaskah Bible setebal 5 kaki di rumahnya? Boleh jadi dia hanya membaca bebeberapa helai manuskrip TERJEMAHAN.

Antara sandaran yang saya ada ialah:
“Pendeta Waraqah menulis kitab Ibrani. Ia menulis dari Injil Ibrani apa yg diinginkan Tuhan.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)
“Pendeta Waraqah menulis buku Arab. Ia menulis dari Injil ke dalam bahasa Arab apa yg diinginkan Tuhan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
“Waraqah mengganti agamanya kpd Nasrani pada jaman jahiliyah. Ia menulis buku Ibrani apa yang ia ingin tulis.”
(Abu al-Faraj al-Isfahani dalam Kitab al-Afghani vol III ms 114)

Kita selidik sumber-sumber ini. Dua sumber pertama ialah sumber yang sahih, sedangkan sumber ketiga hanya pendapat seorang ahli sejarah.

Injil Ibrani ialah Injil Matius sahaja, bukan kesemua Injil, bukan keseluruhan Perjanjian Baru dan bukan keseluruhan Bible/ Alkitab. Ringkasnya, Waraqah hanya mempunyai Injil Matius, tak sampai 5% ataupun kurang (agak-agakan saya) daripada keseluruhan Bible. Yang lebih penting, Waraqah percaya Nabi Muhammad akan menjadi Rasul Terakhir, maka dia tidak berfahaman Trinity. Malah dia berjanji akan berjuang bersama-sama Nabi Muhammad apabila Nabi Muhammad dilantik sebagai rasul nanti. Cuma Waraqah meninggal dunia sebelum perlantikan itu berlaku. Jelasnya, dia memang bercita-cita hendak memeluk agama Islam yang akan datang nanti dan berjuang menyebarkannya.

Oleh itu, jika Waraqah menggunakan “Allah” dalam terjemahannya, pasti ditujukan kepada Tuhan Sebenar/ Bapa sahaja, bukan untuk Jesus dan Roh Kudus. Namun terjemahan itu tidak kita temui, maka tidak ada bukti pun ada tertulis “Allah” di dalamnya.

Imam Muslim pula meriwayatkan yang Waraqah menulis “INJIL”. Tidak diberitahu Injil yang mana. Boleh jadi juga dia mendapat Injil yang asli (bukan Injil Matius, Lukas, Yohanes ataupun Markus). Hanya 4 Injil itu saja yang masih tersisa manakala puluhan Injil lain telah dimusnahkan oleh pemerintah Rom dalam Persidangan Nicea. Yang jatuh ke tangan Waraqah entah Injil yang mana. Oleh kerana dia percaya Nabi Muhammad sebagai Utusan Terakhir, tidak mustahil dia membaca Injil selain yang 4.

Kan penganut agama Kristian mengatakan dalam keempat-empat Injil tidak ada berita tentang kedatangan Nabi Muhammad? Maksudnya Waraqah menterjemahkan Injil yang ada berota tentang kedatangan Muhammad. Jika tidak, dari mana diketahuinya perihal kisah Nabi Muhammad?

Pendapat si ahli sejarah yang mengatakan Waraqah masuk agama Nasrani memang tidak kukuh. Ini diperkuatkan lagi dengan perbezaan yang mencolok mata:
1. Hadis sahih Bukhari mengatakan, “Ia menulis dari Injil Ibrani apa yg DIINGINKAN TUHAN.”
2. Hadis sahih Muslim mengatakan, “Ia menulis dari Injil ke dalam bahasa Arab apa yg DIINGINKAN TUHAN.”
3. Pendapat peribadi si ahli sejarah pula menulis sebaliknya, “Ia menulis buku Ibrani apa yang IA (WARAQAH) INGIN TULIS.”

Dua sumber sahih mengatakan “KEINGINAN TUHAN” manakala pandangan peribadi mengatakan “KEINGINAN WARAQAH”. Ringkasnya, tulisan Abu al-Faraj tidak boleh dijadikan hujah kerana tidak kukuh.

Waraqah TIDAK MENYEBARKAN agama Kristian. Dia mengamalkan untuk dirinya seorang saja. Nabi Muhammad sendiri hampir dibunuh kerana menyebarkan agama yang berlainan daripada agama Quraisy, apatah lagi Waraqah yang berseorangan. Jelasnya dia tidak menyebarkan. Bahkan dia tidak beragama Kristian pun.

Sebab itu saya katakan, Waraqah tidak beragama Kristian/ Nasrani, tetapi kekal dengan agama Hanif. Cuma dia seorang yang banyak ilmu tentang kitab Injil Matius.

Buhaira DIKATAKAN pernah menjadi guru Nabi Muhammad? Ini pembohongan saja, jangan percaya. Nabi Muhammad tidak pernah berguru dengan Buhaira. Nabi Muhammad tidak pernah mengambil guru dalam bidang agama. Buhaira hanya terlihat Nabi Muhammad, lalu dia terperasan yang sifat-sifat Nabi Muhammad serupa benar dengan Utusan Terakhir dalam Taurat dan Injil. Oleh itu dia sekadar memaklumkan hal itu kepada rombongan Nabi Muhammad, itu pun buka kepada semua orang. Untuk Nabi Muhammad berguru dengannya, jauh sekali.

Apabila Buhaira meramalkan Muhammad bakal jadi Utusan Terakhir, ini juga bermakna dia bukan seorang Trinitarian. Ini juga bermakna Buhaira mungkin mempunyai Bible yang asli kerana menurut umat Kristian, tidak ada berita tentang kedatangan Nabi Muhammad dalam Bible. Jadi, Buhaira memperolehinya daripada Bible yang asli.

No comments:

Post a Comment