KESEMBILAN (SHALOM MENULIS):
Siapakah Kristian Arab? Adakah mereka unitarian dan trinity? Malahan sr. Pasarmalam sendiri mengakui maklumat tentang unitarian di Arab adalah terbatas.Sebenarnya tidak terbatas pon.Menurut ibn Ishaq, sejarahwan Islam,Najran merupakan komuniti Kristian pertama di south arabia. Semasa peperangan komuniti Najran dengan Yahudi sekitar 524 AD, Kristian Nazjran lebih rela mati martir dari keluar Kristian. Salah satu surat, memori bagi kaum Nazran adalah surat dari Bishop Beth Arsham, di mana beliau menulis :
"our parents and brothers and sisters who have died for the sake of Christ our lord".
Begitu juga dalam ingatan, akan kata-kata Ruhm, seorang wanita Kristian Najran, datang kepada Raja Himyarite dan berkata :
"Cut off our heads, so that we may go join our brothers and my daughter's father."
Kematian-kematain martir masyrakat Najran ini telah dimasukkan dalam kalender Rome, Melkisedek, Arab sendiri (yang sah-sah sembah Yesus).
PENJELASAN:
Tentang Najran, sudah kita sentuh. Di sana berlaku pertelagahan antara kaum Unitarian dengan Trinitarian. Raja Negus sendiri seorang Unitary dan kemudiannya memeluk agama Islam. Sebab itu Nabi Muhammad menyembahyangkan jenazahnya, padahal orang Islam tidak boleh solat jenazahkan orang bukan Islam sekalipun yang Unitarian.
Cerita-cerita kesyahidan penduduk Najran itu bukan bukti mereka menyebut “Allah” untuk Jesus dan sebaliknya. Kita mahu bukti untuk itu.
Sekadar tambahan, Bishop Beth Arsham menulis, “...Christ our LORD”, bukannya “Christ our GOD”. Perbahasan perkataan “LORD” dalam Bible agak panjang, tidaklah kita bincangkan di sini. Ringkasnya, sekadar tulisan Bishop Beth Arsham itu bukanlah bukti mereka berfaham Trinity.
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment