Saturday, April 4, 2009

12 - Kuasa Allah & Kuasa Jesus

KEDUA BELAS (SHALOM MENULIS):
Menurut sr. Pasar Malam lagi, Golongan Unitarian yang sesuai dengan Islam ialah yang mengakui Bapa saja sebagai Allah/ Tuhan (yakni sudah sedia ada sejak azali) manakala selainnya ialah makhluk (yakni baru ada selepas adanya Bapa, iaitu LEBIH MUDA daripada Bapa).



Saya amat bingung dengan keyataaan ini. Selain unitarian yang liberal,semua unitarian lain percaya Yesus adalah mempunyai kuasa ilahi, cuma second class. Atau bak kata Arius, Bapa ambik Yesus, menjadi anakNYa kemudian memberi kuasa ilahi kepada Yesus. Itukah Kristian yang dikatakan sesuai dengan ajaran Islam? Tetapi perlu diingat, kecualian unitarian liberal, unitarian lain seperti Arius percaya Yesus disalib dan tebus dosa manusia.


PENJELASAN

Baiklah.

Jesus dikatakan mempunyai kuasa Ilahi (iaitu kuasa Tuhan Sebenar/ Bapa)?

Samakah kuasa Jesus dengan kuasa Tuhan Sebenar? Jika sama 100%, barulah boleh dikatakan dia mempunyai kuasa Ilahi. Tapi jika kuasa Jesus tidak setara 100% dengan kuasa Tuhan, maka dia tidak boleh dikatakan mempunyai kuasa Ilahi. Jadi, Jesus bukan Tuhan, bukan Allah sekalipun dia diletakkan “second class”. Oleh itu, jika mereka menisbahkan “Allah” bukan kepada Jesus tetapi kepada Bapa/ Tuhan Sebenar, memang tidak menjadi kesalahan.


Kita pun sedia maklum, Jesus tidak punya 100% kuasa Ilahi, maksudnya tidak punya kuasa Ilahilah. Jesus terjumpa pohon ara, dia tidak tahu pohon ara (ataupun seakan-akan pohon ara) itu berbuah ataupun tidak. Setelah dekat, baru diketahuinya pohon itu tidak berbuah. Hal ini menunjukkan dia tidak punya kuasa Tuhan. Mustahil Tuhan boleh TIDAK TAHU sama ada sesautu pohon itu berbuah ataupun tidak dari jauh? Kan berbeza antara kuasa Ilahi dengan kuasa Jesus?


Samalah halnya dengan tarikh hari kiamat. Jesus mengakui dirinya dan lain-lain makhluk tidak tahu bila jadinya kiamat melainkan Bapa/ Allah/ Tuhan sahaja. Bagaimana boleh dikatakan dia mempunyai kuasa/pemikiran/ ilmu Tuhan? Jelas-jelas Jesus dan Bapa tidak setara.


Ini bukti Jesus tidak punya kuasa Ilahi:

"Semasa Jesus hidup di bumi ini, dia memohon dengan seruan dan tangisan kepada ALLAH YANG BERKUASA MENYELAMATKAN DIA (JESUS) DARIPADA KEMATIAN. Oleh kerana Jesus merendah diri dan taat kepada Allah, Allah mendengarkan permintaannya.".

(Matius 26:39)

Jesus tidak punya kuasa untuk menyelamatkan dirinya daripada kematian, yang ada kuasa hanya Allah! Bagimana boleh dikatakan dia punya kuasa Ilahi?

Satu bonus lagi buat kita, ayat di atas memisahkan Jesus dengan Allah. Betul kan? Sebab itu kita melarang penggunaan Allah sewenang-wenangnya. Nampaknya kini saya pula yang mematuhi ajaran-ajaran Bible berbanding anda.


Bapa MEMBERI kuasa Ilahi kepada Jesus?


Ini lagi jelas menunjukkan Jesus bukan Tuhan! Tidak layak dia disamakan dengan Tuhan/ Allah. Antara sifat Tuhan/ Allah ialah SEDIA MEMPUNYAI KUASA SEJAK AZALI, sedangkan Jesus BARU MENDAPAT/ DIBERI KUASA. Jadi Jesus tidak sama langsung dengan Allah/ Tuhan. Bagaimana oleh ada kesalahfahaman dengan mengatakan “Jesus 100% Tuhan/Bapa/ Roh Kudus dan Tuhan/ Bapa/ Roh Kudus ialah 100% Jesus? Mereka kan saling tidak 100%.


Apabila Jesus tidak 100% sama/ setara/ sebanding dengan Tuhan/ Bapa/ Allah walaupun sekadar 0.1%, maka konsep Trinity dikira tertolak. Mereka sudah TIDAK SETARA.


Menurut Islam (dan sepatutnya menurut semua agama), apa saja yang lebih muda daripada Allah/ Tuhan/ Bapa, maka ia bukan Allah/ Tuhan kerana Allah/ Tuhan ialah yang paling awal. Apa saja yang tidak mempunyai kuasa sendiri sejak azali/asal, itu pun bukan Allah/ Tuhan. Apa saja yang pernah TIDAK MENGETAHUI (seperti kes Jesus dengan pohon ara dan tarikh hari kiamat), maka ia bukan Allah/ Tuhan.


Kesimpulannya, sebagaimana yang tertulis dalam artikel awal saya dalam isu penggunaaan “Allah” ini, jika kaum Unitarian hendak menggunakan Allah, BOLEH DIPERTIMBANGKAN, bukannya terus diberi kebenaran. Malah siapa saja pun boleh dipertimbangkan. Tetapi jika kaum Trinitarian, tidak boleh sama sekali kecuali mereka bersedia menisbahkannya kepada Bapa. Tidak ada masalah jika perkataan Bapa dalam Alkitab ditukar kepada Allah, silakan tukar hari ini juga.


Seterusnya, Kristian yang sesuai dengan Islam ialah sebagaimana Kristiannya Buhaira dan Waraqah. Mereka percaya kedatangan Nabi Muhammad. Mereka juga membaca Injil yang asli kerana umat Kristian mendakwa tidak ada berita tentang kedatangan Muhammad dalam Bible hari ini, maka mereka membaca Injil dan Bible yang ada dinyatakan kedatangan Muhammad di dalamnya.


Anda sendiri bagaimana? Adakah disebutkan kedatangan Rasul terakhir bernama Muhammad di dalam Bible yang anda baca?

Jawapan anda: ..............................................


Sila sebutkan Bible yang mana jadi rujukan anda kini kerana saya pernah membaca berbelas-belas Bible berlainan versi berbahasa Melayu dan Inggeris (walaupun saya tidaklah khatam setiap muka surat). Insyaallah saya akan merujuk juga Bible pilihan anda itu nanti. Sila nyatakan versi mana.



* ‘Point’ di atas tidak membuktikan pun yang Islam membenarkan Kristian Trinity menisbahkan “Allah” kepada Jesus.

*Jesus tidak disalib dan tidak menebus dosa umat manusia. Namun hal ini tidak sesuai dipanjangkan dalam isu penggunaan “Allah ini. Mungkin di lain kesempatan akan kita bincangkan bersama.

No comments:

Post a Comment