Saturday, April 4, 2009

19 - Mengapa Bukan Nama Tuhan Agama Lain?

KE-19 (SHALOM MENULIS):
Begitu juga dengan perkongsian budaya dan sebagainya. Ia adalah perkara normal dalam masyarakat dunia, walaupun berlainan bangsa, agama, ideologi bahkan negara.Saya tidak dapat bayangkan kalau orang Buddha melakukan perkara yang sama. Perkataan dosa, manusia, surga adalah berasal dari pengaruh Buddha semenjak zaman Empayar Sri Wijaya lagi.Saya juga tidak dapat bayangkan kalau masyarakat melayu Indonesia, Hindu, pagan,Thailand, Kristian Arab, Yahudi Arab dan Pagan Arab membuat tuntutan yang sama. Apa yang lagi tinggal dengan kebudayaan Melayu Malaya? Tidak keterlaluan kalau saya katakan, orang Melayu hanya tinggal sehelai sepinggang!

Peace...


PENJELASAN:

Persoalan ini mudah saja.


Perkataan-perkataan itu tidak ada kaitan dengan akidah, sebab itu tidak perlu direbut dan boleh dipakai oleh sesiapa sahaja. Jahillah orang-orang yang berebutkan perkataan-perkataan yang tidak berkaitan dengan akidah. Islam sendiri tidak pernah membantah apabila Inggeris mengambil “sukari” lalu disebut “sugar” ataupun “papyrus” disebut “paper” ataupun “marikh” disebut “mars”. Mengapa? Kerana tidak ada kaitan dengan keTuhanan/ akidah. Sebab itu jugalah bangsa-bangsa lain tidak akan berebut perkataan dosa, manusia, syurga dan lain-lain kerana mereka sedar hanya kaum yang jahil akan berbuat demikian. Jelas?



Tidakkah kita berasa hairan lagi pelik, mengapa nama Tuhan dalam agama Islam iaitu “Allah’ yang mahu diguna oleh Kristian Trinitarian dan dinisbahkan kepada Jesus? Mengapa nama Brahma, Vishnu, Siva, Tao, Buddha, Krishna, Manu, Aki Kopuno dan lain-lain tidak pula dinisbahkan kepada Jesus?


Perkataan “Allah” tidak sama dengan perkataan “Tuhan”. “Tuhan” itu ialah jawatan, mana-mana agama pun bebas untuk meletakkan siapa sebagai Tuhan mereka. Tetapi Allah ialah Tuhan Sebenar, tidak ada sesiapa yang boleh meletakkan sesuatu selain Allah untuk dikenali sebagai Allah.


Jesus ialah Tuhan kepada kaum Kristian Trinitary, itu kami akui. Siva Tuhan kepada penganut agama Hindu, itu kami akui. Tetapi “Allah” bukan lagi Tuhan kepada Kristian Trinity kerana mereka sudah memperTuhankan selain Allah iaitu Jesus.

TAMAT


KESIMPULAN BESARNYA... Agama Islam memang tidak membenarkan “Allah” digunakan oleh sesiapa sahaja untuk dinisbahkan kepada selain Tuhan Sebenar. Setakat perbincangan ini, kita belum jumpa bukti mengatakan Islam mengakui agama lain sesuka hati boleh menggunakan “Allah” untuk mereka nisbahkan kepada apa sahaja.


Salam hormat. : )

18 - Kesilapan Kenneth Thomas

KE-18 (SHALOM MENULIS):
Ada yang mendakwa, memandangkan terdapat perbezaan konsep ketuhanan Kristian-Islam, maka orang Kristian tidak boleh menggunakan Allah. Menurut Kenneth Thomas lagi :



¡°The use of the same word for the supreme being by people of various religions need not mean that they all have the same views about deity. Each religion defines the meaning of the supreme being according to its own convictions. Those of different religions who use the word ¡°Allah¡± understand the nature of the supreme being to which it refers according to the beliefs of their own traditions. English speakers can understand this reality by reference to their own usage patterns. Allah is the equivalent to the English word ¡°God¡± with a capital ¡°G¡±. Michel observed that ¡°Just as ¡®God¡¯ is the name in English for the one divine being who alone is to be worshipped and obeyed, used by Muslims, Christians and Jews, so God¡¯s name in Arabic and those languages who derive their religious terminology from Arabic (like Bahasa, Indonesia) is ¡®Allah.¡¯¡± /22/ Many Muslims have recognized the equivalency of these words as generic terms when writing in English by using the English term ¡°God.¡±


PENJELASAN:

Pembetulan! Orang-orang Kristian boleh saja menggunakan “Allah” jika mereka menisbahkannya kepada Tuhan sebenar, dan bukan kepada Jesus dan lain-lain selain Allah/ Tuhan Sebenar. Tidak timbul kononnya orang Kristian tidak boleh menggunakan “Allah”.


Satu perkara yang pasti, Kenneth Thomas melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan apabila menyamakan “Allah” dengan “God”. Yang sama dengan “God” ialah “Ilah” ataupun “Rabb”. “God” itu jawatan, maka sama dengan jawatan “Rabb” dan “Ilah”, sedangkan “Allah” itu ialah nama kepada Tuhan Sebenar/ Tuhan yang Satu/ Bapa. Untuk menyamakannya, Kenneth Thomas mestilah mencari nama kepada “God” itu, baru sama. Harap boleh dibezakan antara NAMA dengan JAWATAN.

17 - Agama Rasmi

KE-17 (SHALOM MENULIS):
Dalam konteks Malaya, penggunaan Allah telah digunakan seawal tahun 1514 oleh orang Kristian. Kitab salat as-sawai (Christian prayers) yang diterbitkan pada tahun 1514 menggunakan Allah. Begitu juga Christian catechisms dalam bahasa melayu yang diterbitkan sekitar tahun 1545. Begitu juga dengan Injil Matius yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu pada tahun 1629. Sama juga dengan kamus Melayu-Latin yang diterbitkan pada 1631, dimana Deus diterjemahkan sebagai Allah.



Begitu dengan Sabah/Sarawak. Penggunaan Allah/Allah Taala telah meluas digunakan sebelum kemasukan kedua-dua wilayah tersebut ke dalam Persekutuan Malaysia. Mungkin kita pula, salah satu sebab mengapa Sabah/Sarawak DIJEMPUT menyertai persekutuan Malaysia adalah untuk menyimbangi komposisi kaum dimana kemasukkan Sabah/Sarawak akan menyeimbangi kaum bumiputra dengan bukan bumi.



Malahan, semasa pengistiharan Pembentukan Malaysia, deklarasi dimulakan dengan ¡°Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa¡¯, dimana pada masa itu telah diketahuai Allah bukan milik mutlak orang melayu di Malaya.


PENJELASAN:

Pada tahun-tahun 1500 dan 1600, orang-orang Islam tidak mahir ilmu perbandingan agama. Orang-orang Melayu baru hendak mengenal agama Islam dengan mendalam. Bible pun mereka tidak pernah baca. Kelemahan mereka dalam menyedari hal ini bukan bererti Islam menyetujuinya. Tapi hari ini orang-orang seperti kami semakin ramai.


Baiklah, dalam kitab-kitab yang anda sebutkan, apakah “Allah” itu dinisbahkan kepada Jesus?

Siapakah yang menterjemahkan kitab-kitab itu ke Bahasa Melayu? Apakah mereka mahir dengan agama Islam? Jangan-jangan mereka orang biasa yang tidak punya pengetahuan agama Islam lalu menulis mengikut apa kata majkan mereka.

Deus diterjemahkan sebagai Allah ya? Ada bukti tak mengatakan Deus itu Jesus dan Roh Kudus?


Anda jangan terpedaya dengan Pengisytihatan Kemerdekaan itu. Lihat betul-betul di sana tertulis, “MAHA BERKUASA.” Kita sudah bahaskan betapa Jesus tidak Maha Kuasa. Semak semula sebelum-sebelum ini.


Kemudian, kemerdekaan salah satunya adalah atas syarat ISLAM JADI AGAMA RASMI NEGARA. Bukannya SEMUA AGAMA jadi agama rasmi negara. Yang tertulis: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa” itu merujuk kepada agama rasmi iaitu Islam, bukan semua agama. Jangan salah faham.

16 - Islam Tidak Pernah Bersetuju

KE-16 (SHALOM MENULIS):
Sr.Pasal Malam membantah Alkitab dalam English sebut God dan bukannyaAllah, jadi kenapa nak guna Allah? (dalam hal ini saya galakkan sr.PasalMalam belajar tentang hubungkait bahasa dan sejarah bahasa).Walaupun tiada orang Islam setuju Allah dinisbah dengan Yesus, tetapi diluar sana ramai orang Islam bersetuju, konsep ketuhanan Kristian-Islam adalah sama. Cuma berbeza tentang zat ketuhanan.Mungkin sr. PasarMalam dan ulama-ulama di Malaysia tidak mengetahui bagaimana pada 12 Oktober 2006 sebanyak 36 orang ulama Islam yang antaranya dari Egypt, Russia, Bosnia, Croatia, Kosovo, Istanbul,Uzbekistan, Oman etc.. menghantar surat kepada Pope Benedict. Begitu juga setahun selepas itu, sebanyak 138 orang ulama dan sarjana Islam bersama sarjana Kristian membuat deklarasi. Dalam dokumen-dokumen tersebut, dinyatakan oleh ulama Islam, sarjana Islam, Kristian-Islam berkongsi Allah yang sama yang dikenali sebagai Abraham heritage. Belum lagi dengan ulama-ulama Islam di barat, yang sentiasa memberitahu orang Kristian bahawa kita menyembah Tuhan yang sama. Malahan ada Quran english menterjemahkan Allah kepada God. Mungkinmereka-mereka ini tidak cukup Isle kot?


PENJELASAN:

Orang Islam mana yang setuju itu? Setakat ini saya belum jumpa seorang Islam yang boleh menolak secara ilmiah hujah-hujah kami yang tidak bersetuju ini, sebaliknya hujah-hujah mereka kami rungkaikan satu-persatu. Oleh kerana ada sebahagian orang Islam mengakuinya, itu bukan bukti ISLAM itu sendiri membenarkannya. Oleh kerana ada orang Islam yang menjadi penjenayah, tidak bermakna Islam menyetujuinya. Mereka boleh saja tersilap ataupun kekurangan maklumat lalu mengeluarkan pandangan yang salah.


Konsep KeTuhanan Islam dan Kristian sama?

Yang ini kita boleh bincangkan supaya saya boleh lihat bahagian mana yang dikatakan sama itu? Pada saya, konsep keTuhanan Islam dengan Kristian Trinity umumnya tidak sama langsung. Dalam Kristian, Tuhan pernah kalah lawan bertumbuk dengan Jacob. Layakkah itu berjawatan Tuhan? Sedangkan dalam Islam, Tuhan mustahil akan kalah dengan mana-mana makhluk selama-lamanya, barulah layak Dia menjadi Tuhan. Bagaimana anda mengatakan konsep keTuhanan kita sama?


Tuhan Islam Maha Mengetahui, tidak pernah tidak tahu tetapi Tuhan Kristian beberapa kali pernah tidak tahu. Tuhan Islam tidak pernah menyesal kerana Dia Maha Tahu apa yang akan berlaku sampai bila-bila pun, sedangkan Tuhan Kristian menyesal menjadikan manusia di bumi. Tuhan Islam tidak pernah diutus kerana semua bersumber daripadaNya, maka dialah Pengutus. Tidak layak Dia diutus. Padahal Kristian percaya Tuhan Roh Kudus diutus dan Tuhan Jesus juga diutus kepada manusia.


Anda fikir sendiri- Bapa/ Tuhan di syurga, Roh Kudus pula sedang turun kepada Jesus dalam bentuk burung manakala Jesus sedang menunggu wahyu di bumi. Ketiga-tiganya satu peribadi ataupun tiga peribadi yang berbeza? Yang mana satu Tuhan sebenar/ Allah?

“Dan turunlah Roh Kudus dalam rupa burung merpati ke atasnya (Jesus). Dan terdengarlah suara dari langit: "Engkaulah anak-Ku yang Ku-kasihi, kepadamulah Aku berkenan."
(Lukas. 3:22)


Tentang ulama-ulama yang anda sebutkan, bukankah sudah saya nyatakan bahawa Malaysia adalah benteng terakhir?


Kemudian, adakah apa-apa kenyataan ataupun dokumen para ulama itu yang menyetujui Jesus itu Allah dan Allah itu Jesus? Jika ada sila buktikan. Saya yakin tidak ada. Mustahil ada mana-mana ulama Islam yang benar akan mengakui Jesus itu Allah dan Allah itu Jesus.


Jika boleh, sertakan sama dokumen itu ataupun petikannya yang sah supaya kita yakin memang itulah yang mereka katakan. Kadang-kadang mereka maksudkan lain tetapi pembawa berita mengulasnya jadi lain. Takkanlah saya hendak percaya terus 100% dengan kata-kata yang anda bawa kan?


KATAKANLAH betul apa yang anda bawa. Mereka kata, “Kristian dan Islam berkongsi Allah yang sama”. Persoalannya, benarkah mereka tulis “ALLAH” dan bukannya “TUHAN”? Apa buktinya?


Jika benar tertulis “Allah” di sana, apakah ulama-ulama Islam itu memaksudkan Jesus dan Roh Kudus? Jika benar, apa buktinya?

Saya sangat yakin, mereka tidak pernah memaksudkan Allah sebagai Jesus ataupun Roh Kudus.


Masalah “Abraham Heritage”. Pada zaman Nabi Ibrahim/ Abraham, Jesus belum ada, belum dilahirkan. Ibrahim menyembah Tuhan Sebenar yang tidak terpengaruh dengan konsep Trinity. Sebab itulah mungkin para ulama itu bersetuju mengatakan “kita berkongsi Tuhan/ Allah yang sama”, tetapi DENGAN DINISBAHKAN kepada agama Ibrahim, bukan kepada agama Kristian Trinity.


Sebenarnya pemergian para ulama itu adalah atas dasar politik. Mereka menjalankan jarum-jarum halus untuk menunjukkan kedekatan Islam dan Kristian atas kepentingan tertentu (tidaklah saya panjangkan di sini kerana melibatkan kerahsiaan). Malangnya umat Kristian tidak menyedari. Apa yang anda lihat bukanlah apa yang sebenarnya berlaku.


Siapa dia ulama-ulama di Barat yang mengakui Islam dan Kristian menyembah Tuhan yang sama tu? Untuk pengetahuan anda, banyak ilmuan yang mengaku Islam tetapi Islam Liberal (satu ajaran sesat). Mereka banyak bertapak di Barat. Memang mereka mengusahakan persamaan dalam semua agama. Jadi, kata-kata mereka ini tidak pernah melambangkan kata-kata agama Islam sendiri. Jangan asal dia mengaku bercakap bagi pihak Islam, maka kita terus yakin 100% memang apa yang dicakapnya itu ajaran Islam.


Quran Inggeris menterjemahkan “Allah sebagai God”? Yang ini saya tidak pasti. Jika boleh, anda datangkan contoh/ bukti. Benarkah “Allah” diterjemahkan sebagai “God” ataupun “Ilah”, “Rabb” dan lain-lain yang diterjemahkan sebagai “God”?


Sebab sefaham saya, “Allah” tidak diterjemah, yang diterjemah ialah selain itu seperti “Rabb” dan “Ilah”. Tapi tak mengapalah, kita menanti bukti daripada anda. Pastikan juga itu Quran terjemahan Inggeris yang diakui, bukan yang dicipta oleh musuh-musuh Islam ataupun buatan orang Islam sendiri tapi orang itu tidak diiktiraf oleh ulama-ulama Islam.

15 - Quran Tidak Kata Allah itu Jesus

KE-15
Menurutsr. PasalMalam, Allah mengkafirkan Kristian kerana menisbahkan Allah dengan Yesus. Quran tidak bantah penggunaan Allah oleh org Kristian.


PENJELASAN:

Memang Quran tak bantah orang Kristian hendak gunakan “Allah" ASALKAN KENA DENGAN TEMPATNYA. Mana dia bukti ayat Quran membenarkan Kristian menisbahkan “Allah” dengan Jesus?

Tidak ada! Tapi jika anda hendak mencarinya juga, silakan. Tapi percayalah, anda hanya membuang masa. Silakan mencari dan tunjukkan kepada saya.